Hiburan

Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”

Umirah Halim
13/11/2024
20:55 MYT
Sponsor Banner
Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”

Nama pelawak dan usahawan Shuib, kembali menjadi perbualan netizen selepas isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.

Watie bersuara

Susulan pelbagai fitnah yang dilemparkan, isteri kepada pelawak tersebut iaitu Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah tampil mempertahankan Shuib.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie memaklumkan bahawa suaminya telah berkorban mengeluarkan wang sendiri untuk menampung gaji pekerja.

“Dia bertahun tak ambil gaji. Setiap bulan ‘top up’ duit poket sendiri lagi untuk bayar gaji staf,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama Watie turut memaklumkan bahawa punca berlakunya masalah tersebut adalah kerana pengurusan terdahulu.

“Pengurusan lama yang bermasalah, tapi hujung-hujung dia yang difitnah begini.

“Semoga suamiku diberi ketabahan, insyaAllah dia tahu halal dan haram.

Maaflah, isterinya emosi sedikit kali ini,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Borong’ Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan 2 Bagasi Untuk Watie Hanifiah - “Daddy Sokong Betul Bini Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: Imbau Momen Bersama Arwah Siti Sarah Di Tanah Suci, Shuib ‘Create’ Semula Foto Dengan Watie Hanifiah - “Tempat Yang Sama, Kisah Yang Berbeza”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso, Bubblebee Didenda RM17,500

Terdahulu, Shuib meluahkan rasa kesal apabila seorang warganet mendakwa dia menggunakan duit caruman perkerja untuk menunaikan umrah.

Difahamkan komen tersebut berkait dengan laporan berita tentang syarikat perniagaan milik Shuib, yang dikenakan tindakan denda tersebut oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar