Berita
"Siap Bersembang Dengan Doktor Sambil Teran Baby Keluar" - Syida Melvin Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Sulung
Pelakon Syida Melvin mendedahkan kepada umum bahawa dia terpaksa mengambil epidural sewaktu ingin menjalani proses bersalin anak sulungnya baru-baru ini.
Menurut Syida, dia membuat keputusan untuk menggambil ubat bius tersebut apabika dirinya tidak dapat menanggung kesakitan selepas doktor terpaksa melakukan proses memecahkan air ketuban.
"Masuk dewan bersalin, bukaan dah 8cm, tapi bacaan contraction masih 70, air ketuban belum pecah. Jadi, doktor mula pecahkan air ketuban.
"Whoaaa, lepas je pecah air tu wey, sakit dia lain macam punya sakit! Tak tahu nak cerita tapi sakit gila! 10 minit lepas pecah air ketuban, saya minta epidural.
"Fuh, padahal contraction saya time tu paling tinggi 70 je tau! Bacaan standard contraction 150-200," ceritanya menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, menurut Syida, ketika itu doktor memaklumkan kepadanya terdapat kemungkinan epidural tersebut tidak memberi kesan kepadanya pada masa itu.
"Minta epidural masa dah 8 cm, doktor bius cakap dia pun tak berani janji epidural ni lekat ke tak sebab bawah dah buka banyak. Aku gamble je wey!
"Alhamdulillah, ia berkesan. Bila dah masuk epidural tu, kami siap boleh bersembang dengan doktor lah sambil dok teran baby keluar sebab tak rasa sakit..haha," ceritanya.
Perkongsian Syida itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang turut berkongsi pengalaman mereka bersalin.
Syida yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu selamat melahirkan puteri sulung, Safa Safeera pada 20 Februari lalu.
Sehingga kini, wajah bayinya itu masih lagi dirahsiakan daripada umum.
Syida Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syida Amirol Melvin berkahwin dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019.