Laman Utama

“Siapa Artis Henna? Burok! Henna Pasar Malam Lagi Kemas!” - Kutuk Inai Isteri Harith Zazman, Wanita Ini Dikecam Netizen

Azwa Rahman
30/08/2021
08:49 MYT
Sponsor Banner
“Siapa Artis Henna? Burok! Henna Pasar Malam Lagi Kemas!” - Kutuk Inai Isteri Harith Zazman, Wanita Ini Dikecam Netizen
Penyanyi Harith Zazman selamat mendirikan rumah tangga bersama isterinya, personaliti media sosial dan juga model Nuramalina Ghakashah pada Ahad.
BACA: “Terkejutlah Bangun Pagi Ada Orang Dekat Sebelah” - Penyanyi Lagu Cute Tamat Zaman Bujang, Bikin Ramai Netizen Jeles!
Namun di sebalik pasangan mempelai dihujani dengan ucapan tahniah, ada wanita yang memberikan komen negatif terhadap hasil lukisan inai di tangan isteri penyanyi tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, wanita tersebut tidak berpuas hati dengan lukisan inai yang dikatakan tidak kemas dan merasakan inai dari pasar malam lebih cantik.
Komen tersebut telah mengundang pelbagai respon wargamaya lain yang berpendapat wanita tersebut biadap kerana melemparkan kata-kata negatif pada hari bahagia seseorang.
Malah, ramai yang memuji hasil lukisan inai tersebut cantik dan itu merupakan pilihan pengantin perempuan sendiri.
Simpan je la pendapat kau sorang-sorang. Tu gambar orang kawin pun kau nak bitter. Patutlah 2 follower je. Siapa nak follow minah bengap macam kau,” komen seorang wargamaya.
Kalau kau tak puas hati sebab lukisan tak berapa kemas tu tak perlu la nak cakap public henna dia “burok!” ni hari bahagia dia kot. Imagine u kahwin lepastu orang duk cakap makeup u buruk la duk comment itu ini. Kau sakit hati tak ? Beradab la nak tegur pun,” kata seorang wargamaya.
Inai je pun... Tuan punya tangan tak kisah.. Awak pula yang lebih-lebih,” tulis seorang wargamaya.
Bukak jela bisnes henna sendiri je dik lepasni kalau rasa diri bagus sangat. Nak tengok jugak boleh pergi jauh mana seni kau,” ujar seorang wargamaya.
Buruknya perangai. Delete your comment and apologise to them. Don't rain on someone's parade. Islam pun tak ajar sakitkan hati orang macam ni. Islam ajar lebih baik diam daripada menyakitkan hati orang,” ujar seorang wargamaya.
“Punya lah lawa kau kata buruk weh nyahh kau kalau nak attention pun tak perlu sampai buat benda camni,” tulis seorang wargamaya.
Tak sekarang ni kau bitter sangat asal.. sebab stay single ke? Kadang opinion kita tu patut simpan je dalam hati tu, burok!” marah seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Harith dah Nuramalina telah bertunang bulan Mac lalu selepas berkenalan ketika menjalani penggambaran video muzik lagu Cute sekitar tahun 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar