Laman Utama

“Terkejutlah Bangun Pagi Ada Orang Dekat Sebelah” - Penyanyi Lagu Cute Tamat Zaman Bujang, Bikin Ramai Netizen Jeles!

gempak
Hanafis Haris
29/08/2021
06:38 MYT
Sponsor Banner
“Terkejutlah Bangun Pagi Ada Orang Dekat Sebelah” - Penyanyi Lagu Cute Tamat Zaman Bujang, Bikin Ramai Netizen Jeles!

Penyanyi baru yang popular dengan lagu Cute Harith Zazman menamatkan zaman bujangnya, petang semalam.

Dengan hanya sekali lafaz, Harith kini sah menjadi suami kepada model Nuramalina Ghakaskhah.

Difahamkan, Harith atau nama sebenarnya Mohamad Harith Saifulzazman diijab kabul di Pejabat Agama Hulu Langat dengan majlis penuh prosedur operasi standard (SOP).

“Alhamdulillah sekali lafaz. Bergelinang air mata semasa saksi sebut sah.

“ Akhirnya saya ada isteri untuk saya puji kecantikannya hari-hari,” katanya ringkas menerusi satu posting di Instagram.

Sementara itu, menerusi Twitter, Harith turut mencuri tumpuan membuat satu ciapan ‘sweet’ dan romantik.

“Terkejutlah bangun pagi ada orang dekat sebelah,” katanya.

Ciapan berkenaan kemudian membuat ramai cemburu khususnya yang masih belum bertemu jodoh.

“Habis kami yang single ni nak kena buat apa”.

“Rasa single dia sampai ke pankreas”.

“Hurm kami sedar kami ni single, jelesnya,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, pasangan ini bertunang pada 13 Mac lalu selepas genap setahun perkenalan di Instagram.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live