Laman Utama
"Siapa Kata Atlit Tak Boleh Kena?" - Niena Azman Menangis & Down Disahkan Positif COVID-19, Alami Gejala Cirit-Birit, Muntah & Ruam
Selepas disahkan positif virus COVID-19, gitaris kumpulan Kristal, Rody mengesahkan isterinya pula, Niena Azman disahkan positif virus berkenaan.
Kata Niena, biarpun pada mulanya disahkan negatif, dirinya bergejala seperti suaminya dan mengambil inisiaitf membuat ujian COVID-19 pada Isnin.
"Pada mulanya saya negatif, anak-anak dan parents pun sama. Selepas itu okeylah, rasa tak ada apa-apa, tapi kami kuarantinkan diri walaupun tak pakai gelang pink.
"Sehari selepas Rody, saya pula bergejala, jangan ingat atlit tak boleh kena! Itu membuatkan saya lagi down, sebab jangkaan saya mungkin dah kuat tapi COVID-19 dimana-mana dan menyakitkan.
"Saya cirit-birit dan muntah-muntah, malamnya saya asingkan diri kemudian pada paginya saya buat RTK test dan disahkan positif.
"Saya down sebab saya nanti siapa nak jaga anak-anak dan parents lagi? Sedih sebenarnya tapi itu cabaran keluarga kami," katanya menerusi hantaran video di Instagram.
Cerita Niena lagi, dia menangis apabila dimaklumkan dirinya positif virus berkenaan namun bersyukur diberikan sokongan moral daripada individu sekeliling.
"Saya menangis ketika dimaklumkan positif, tapi doktor nasihatkan saya jangan menangis kerana apabila menggosok mata, cecair dari badan kita boleh menjakiti orang lain pula. Jadi kena berhati-hati sebab ada banyak varian.
"Saya bersyukur, keluarga saya tak bergejala teruk... Tetapi saya dan suami down kerana keadaan kami suami isteri tumpang rumah mak ayah yang ramai orang," ujarnya.
Berkongsi perkembangan terkininya, keadaan Niena bertambah baik selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah, sakit kepala dan batuk serentak.
"Siapa kata COVID0-19 ni tak sakit? Saya dah naik ruam, tapi hari kedua berkurangan cuma batuk dan sakit kepala ada lagi. Alhamdulillah, simptom sudah berkurangan walaupun pada hari pertama saya kena serangan serentak!
"Alhamdulillah, sokongan semua sangat membantu saya daripada mental. Jangan jangka kita takkan kena jangkitan itu. Paling penting cuci tangan dan mandi selepas balik dari luar," pesannya.
Sementara itu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin memberitahu isterinya Niena kini menjalani kuarantin bersamanya sejak Isnin malah memaklumkan perkara terbabit menerusi Instagramnya.
"Ya... isteri saya pula disahkan positif COVID-19 dan sebaik sahaja terima keputusan swab test semalam (Isnin), dia terus kuarantin bersama saya di rumah ibu bapa saya.
"Niena juga mengalami simptom yang sama seperti saya. Sehingga kini dia masih lagi demam dan sakit kepala," katanya.
Rody sebelum ini mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang disahkan positif terlebih dahulu.
Menurut Rody, adik iparnya mengalami demam selama tiga hari dan isteri serta anak mereka turut dijangkiti virus tersebut.
Rody dan Niena berkahwin pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu.