Laman Utama

“Sibuk Nak Suruh Anak Aku Kurus”- Almy Nadia Kecewa Anak Disuruh Guru Ikat Perut Supaya Kurus

Syafiqah Jalal
17/10/2022
04:17 MYT
Sponsor Banner
“Sibuk Nak Suruh Anak Aku Kurus”- Almy Nadia Kecewa Anak Disuruh Guru Ikat Perut Supaya Kurus
Pelakon Datin Almy Nadia kecewa apabila anak sulungnya disuruh guru untuk mengikat perut agar lebih kurus.
Menurut Almy disebabkan bimbang dimarahi guru, anaknya Nur Adrina Arianna, 7, tak mahu makan apabila di rumah.
“Dia (anak) kata tak nak makan sebab nak kena kurus. Cikgu suruh kurus.
“Ni dia mak hang bising. Ambik hang! Marah betul mama hang tau apabila ada orang suruh anak hang kurus.
“Ini dah susut banyak tau sebab dia sekolah pagi petang penat sekolahnya,” katanya dengan nada bengang.
Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu meluahkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran status dalam Instagram.
Dalam entri yang sama dia memuat naik video anaknya di atas meja yang keluhatan takut hendak makan nasi yang disediakan.
Almy beritahu lagi, anaknya mengikut arahan kurangkan makan, jika tidak, dia akan didenda di sekolah oleh guru terbabit.
“Nanti dia kena marah di sekolah. Mama (saya) memang naik hantu hari ini.
“Tunggu Isnin (naik sekolah) hang pergi panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kamu kurus itu.
“Sibuk nak suruh anak aku kurus. Anak aku nak bawa beg sekolah pun tak larat faham? Aku marah hari ini,” tegas Almy.
Pun begitu entri berkenaan telah pun dipadam Almy dan sudah tiada di akaun IG miliknya.
Almy berkahwin dengan Fizz, 42, pada 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024