Viral

Sikap Penduduk Flat Suka ‘Double Park’ Buat Farez Adnan Bengang - “Tak Boleh Nak Tolak Kereta Sebab…”

Asyikin Mayudin
12/12/2024
00:17 MYT
Sponsor Banner
Sikap Penduduk Flat Suka ‘Double Park’ Buat Farez Adnan Bengang - “Tak Boleh Nak Tolak Kereta Sebab…”
Penyanyi dan pempengaruh, Farez Adnan berang dengan tindakan segelintir penduduk di kediaman flat didiaminya yang meletakkan kenderaan secara ‘double park’ sehingga menghalang keretanya untuk keluar.

Tak boleh alih

Menerusi hantaran di TikTok, Farez berkata, kenderaan terbabit tidak boleh dialihkan kerana pemilik kereta menarik ‘handbrake’.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena Sidai 8 Jam, Farez Adnan Tembak Syarikat Penerbangan! | Lancang Bethol

ARTIKEL BERKAITAN: Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”

Katanya, dia menghadapi situasi tersebut setiap hari dan terpaksa menunggu sehingga pemilik kenderaan mengalihkan kereta mereka.

"Setiap pagi nak pergi kerja macam ini, susah nak keluar. Tak boleh nak tolak kereta yang halang sebab owner kereta tarik handbrake. Siapa yang nak duduk flat sangat kan?

“Sanggup ke hadap isu parkir macam ini hari-hari? Itu belum kes yang cop parkir pakai motor la, kerusi la. Saya terpaksa tunggu kejap, kalau hon nanti mengganggu penduduk.” katanya.

Ubah mentaliti

Tidak menyalahkan sepenuhnya penduduk flat, Farez bagaimanapun meminta masyarakat di kawasan berkenaan mengubah mentaliti mereka supaya tidak menyusahkan orang lain.
"Sebenarnya tiada masalah pun nak duduk kawasan flat, tetapi mentaliti yang kena ubah. Kalau tak ubah sekarang, sampai bila nak ubah.

"Saya tak marah sesiapa yang duduk flat sebab double parkir. Cumanya double parkir itu dari hujung ke hujung. Sampai tak boleh nak tolak kenderaan itu.

"Mentaliti penduduk flat memang kelaut, sebab aku pun budak flat. Jadi aku tahu lah! Dari lapan tahun saya duduk PPR,” ujarnya.
@farezadnanofficial
Ni yang aku malas sbnrya. Cakap ko typical minded b40 kang sentap!!
♬ original sound - Farez Adnan
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024