Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.

Terbaharu, penyanyi dangdut yang terpalit dengan isu ini, Farez Adnan tampil memberi respons mengenai dakwaan itu.

Aliff Syukri Reject Lagu

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya, Farez atau Muhd Fareezuan Adnan, 29, menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh usahawan kosmetik itu dan menjelaskan bahawa usahawan itu dipercayai telah menolak hasil lagu tersebut.

A post shared by Farez Adnan (@farezadnan)

"Tolonglah Datuk saya malas nak cakap lebih-lebih sekarang ini Datuk yang reject lagu itu, Datuk cakap tak suka lagu tu.

"Lepas tu bila full music dah siap Abang Amy Ukays (komposer) bagi saya untuk buat demo dah dengar full demo Abang Amy cakap saya sesuai bawa lagu ini, dia bagi saya lagu ini.

"Bukan salah saya, saya tak curi lagu Datuk, saya bayar lagi lebih daripada Datuk. Walau apa pun all the best, jangan jealous ya Datuk lagu ini memang sesuai dengan saya," jelasnya.

Guna Konsep Sama

Menerusi hantaran yang lain, Aliff Syukri bagaimanapun tampil membidas semula penjelasan yang dibuat oleh Farez.

Kata Aliff, dia tidak berpuas hati kerana pihak Farez telah menggunakan penari dan konsep yang sama.

"Memang lah awak dapat full demo, tapi masalahnya kenapa awak pakai saya punya penari, kenapa ambil konsep saya dan lagu itu adalah lagu saya, saya dah bayar deposit.

"Untuk pengetahuan awak komposer ini saya dah bayar, kenapa dia bagi lagu tu dekat awak sebab lagu itu dah dilancarkan pun dan saya pasti lagu saya bakal meletup dari lagu awak.

"Lagu awak hanya sekadar di pinggiran, saya tetap nombor satu, awak orang tak kenal pun saya ramai orang kenal," ujarnya.

Aliff Syukri Reda

Bagaimanapun, pada akhir video itu, Aliff bagaimanapun telah menyatakan bahawa dia sudah mencari komposer lain dan reda dengan apa yang sudah terjadi.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

"Saya pun sudah cari komposer lain, lagu saya masih sedap walaupun tiada dia (komposer lama).

"Saya yakin peminat-peminat saya di luar sana menunggu hasil seni bakat saya. Saya reda dan serahkan kepada peguam saya

Sekadar info, muzik video Chu Kuca Raya nyanyian Farez Adnan dan kumpulan Ukays telah dilancarkan pada dua hari lepas dan telah mendapat sebanyak 51 ribu tontonan di Platform Youtube.

Berita Trending: Aliff Syukri Mohon Maaf Tak Dapat Keluar Lagu Raya, Netizen Sedih - "Tak Meriah Lah Raya Tahun Ni.."

Berita Trending: "Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem