Hiburan

“Sikit-Sikit Dah Lah” - Netizen Mula Muak Dengar Nyanyian Dahlia Rizal?

Umirah Halim
17/12/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Sikit-Sikit Dah Lah” - Netizen Mula Muak Dengar Nyanyian Dahlia Rizal?

Jika sebelum ini nyanyian sumbangnya menjadi bahan lawak, kali ini netizen mula meluahkan rasa ‘muak’ dengan lantunan suara pempengaruh, Dahlia Rizal.

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh XO House, dapat dilihat artis seperti Naim Daniel, Iman Troye dan beberapa individu lain bermain permainan yang dinamakan sebagai ‘Karaoke Challenge’ dengan lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam.

@x.o.housee Gerimis Mengundang satu kali?? @imantroye @Naim Daniel @Dahlia Rizal ♬ original sound - XO House

Netizen mula muak

Bagaimanapun, vokal Dahlia meraih perhatian netizen dan majoriti menyifatkan nyanyian isteri kepada pelakon, Imran Aqil tersebut sebagai ‘dibuat-buat’ dan tidak lucu.

“Sikit-sikit dah lah,”

“Lebih-lebih ni tak kelakar dah,”

“Dah lah Dahlia, tak boleh gelak, dah penat,”

“Dengar Dahlia terus rasa nak skip.”

Sekadar info, sebelum ini Dahlia pernah memuat naik konten menyanyikan lagu Gerimis Mengundang dengan gaya bersahaja.

Hantaran berkenaan menjadi bahan lawak netizen di mana rata-rata terhibur melihat perwatakan Dahlia yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam nyanyian walaupun bersuara sumbang.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024