Hiburan

Pernah Berdepan Trauma Keganasan Rumah Tangga, Nadia Brian Nasihat Wanita Berdikari Tanpa Harapkan Sesiapa - “Cari Jalan Keluar...”

Umirah Halim
17/12/2024
08:36 MYT
Sponsor Banner
Pernah Berdepan Trauma Keganasan Rumah Tangga, Nadia Brian Nasihat Wanita Berdikari Tanpa Harapkan Sesiapa - “Cari Jalan Keluar...”

Pelakon Nadia Brian menasihati wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk berani bangkit dan meninggalkan sahaja segala derita dan trauma mereka.

Berani tuntut keadilan

Bersimpati dengan nasib yang dialami oleh bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson yang tular baru-baru ini, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed, 33, bagaimanapun berasa bangga kerana wanita itu akhirnya berani menuntut keadilan.

"Saya mengikuti kisah kak Zahnita itu. Ya Allah, sangat bersimpati apabila membaca ceritanya dan saya memang terkejut kerana selama ini mengikuti dia di Instagram (IG).

"Apapun, saya harap sesiapa saja yang berada dalam situasi keganasan rumah tangga ini, carilah jalan keluar sebab jalan itu pasti ada. Sampai bila nak biarkan diri diseksa?," katanya kepada Gempak.

BERITA BERKAITAN: ‘Crash Diet’ Buat Nadia Brian Pening Kepala Sehingga Jatuh, Mata Pula Terkena Kerusi - “Harap Semua Lebam Ini…”

BERITA BERKIATAN: Nadia Brian Tak Serik Nak Kahwin Lagi - "Saya Tak Takut... Saya Pun..."

Pernah membesar dalam persekitaran sebegitu dan melihat penderitaan ibunya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Nadia turut memberi saranan supaya wanita berusaha untuk berdikari sendiri dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

"Jangan takut dan ambil perkara ini sebagai satu semangat. Insya Allah, akan ada yang boleh membantu nanti. Saya memahaminya sebab ibu saya pun pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

"Jadi, saya sangat menyokong wanita di luar sana untuk berdikari. Ini kerana, saya rasa menjadi wanita berdikari adalah satu perkara yang harus dilakukan oleh setiap wanita untuk tidak bergantung kepada sesiapa," katanya.

Terdahulu, awal minggu ini, Zahnita mengejutkan ramai apabila memuat naik foto bahagian matanya lebam dan mendakwa dipukul suaminya selepas bertanya tentang kehadiran orang ketiga.

Menurut Zahnita, dia mendedahkan kesengsaraan itu selepas tidak lagi mampu bertahan dalam tempoh 20 tahun hidup bersama.

Polis kemudian menahan reman suaminya selama tiga hari di Kuantan bagi membantu siasatan.

Suami Zahnita, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, didakwa atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Mengenai perkembangan lain, Nadia bakal beraksi dalam Teater Samaya – Puteri Laut Selatan yang dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 27 hingga 29 Disember ini.

Selain Nadia, barisan pelakon lain yang terbabit dalam teater berdasarkan legenda Nyi Roro Kidul itu adalah Khenobu, Zairi Aziz, Adilla Shaffi, Rayna Hezza, Yusuf Amin, Daniel Emirrul, Dinie Hisam dan ramai lagi.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024