Hiburan
Siti Nurhaliza Bakal Dianugerahkan Biduanita Negara!
Fasa awal berhubung cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara ke atas penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah dibuat di Kementerian Komunikasi.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu sudah melalui proses perbincangan dalaman.
"Perkara ini sudah dibuat secara perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya komen lanjut. Kita cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu.
"Saya takkan komen lebih. Saya cuma ada bangkitkan dan akan ikut proses itu dan ambil masa," katanya kepada media.
PILIHAN PEMBACA: Peminat Usul Gelaran Biduanita Negara Untuk Siti Nurhaliza, Ini Reaksi Fahmi Fadzil
Terdahulu, kejayaan Siti ketika menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu, menarik perhatian ramai pihak yang menyarankan agar penyanyi itu wajar diberikan gelaran Biduanita Negara.BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Tidak Kejar Gelaran Biduanita, Hanya Berkarya Demi Peminat - "Saya Tak Terlalu Fikirkan Tentang Ganjaran"
Saranan itu turut mendapat perhatian Fahmi yang terpanggil untuk menjawab gelaran Biduanita Negara yang mungkin boleh diberikan kepada Siti.
Sementara itu, Siti berkata, dia tidak meletakkan harapan untuk diberikan gelaran itu selepas dikatakan layak untuk mendapat penghargaan tertinggi dalam bidang seni itu.
"Tak perlulah saya mengharap sangat (gelaran biduanita). Ini sebab kerja-kerja yang saya lakukan sekarang (menyanyi), memang saya buat sebab minat.
"Saya suka melihat peminat saya gembira. Saya tidak pernah fikir, kalau buat sesuatu itu kerana mengharapkan penghargaan," katanya.
Gelaran Biduanita Negara buat masa ini hanya diberikan kepada dua penyanyi saja iaitu Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Sumber: Harian Metro