Hiburan
Siti Nurhaliza Kata Lagu Amir Jahari 'Sampai Lain Macam'
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji persembahan dan lagu Amir Jahari berjudul Hasrat.
BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Ramal 4 Nama Penyanyi Ini Ungguli AJL38 Malam Esok
Lagu yang merupakan OST filem Imajinur itu dipersembahkan Amir penuh perasaan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 malam tadi.
"Lagu Amir Jahari sampai lain macam. Boleh buat kejutan ni," puji Siti menerusi hantaran di Instagram Stories.
Selain Siti, hal itu diperakui oleh warganet yang turut tersentuh dengan karya dan nyanyian Amir.
BERITA TRENDING: Neelofa Ramal Hasrat Amir Jahari, Astana Ernie Zakri Bakal Juara AJL38
Malah, ramai yang meramalkan lagu Hasrat bakal menempah tempat teratas di AJL38.
AJL38 mempertandingkan 12 buah lagu keseluruhan termasuk Jangan Mati Rasa Itu, (Aina Abdul); Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat) dan banyak lagi.
Anugerah berprestij ini turut membawakan gandingan hos terkenal, Alif Satar dan Sherry AlHadad.