Hiburan
Siti Saleha Sah Bergelar Isteri Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pereka fesyen, Joshua Fitton pada Sabtu.
Siti Saleha kelihatan cantik mengenakan busana putih rekaan suaminya dari jenama Atelierfitton.
Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum dinikahkan oleh bapanya, Mohd Baharum Abd Rahman.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan.Video majlis pernikahan itu dikongsikan oleh pendadan rambut, Yusof Ruzaimi di laman Instagram.
Majlis yang diadakan di Enderong Resort, Janda Baik, Pahang telah berlangsung pada jam 9 pagi dan dilakukan secara tertutup buat ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Pada 2022, Siti Saleha mengakui sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka berdarah kacukan yang dikenali sebagai Joshua Fitton selepas mereka hadir ke sebuah acara anugerah dan kini mereka sebagai tunang.
Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Lutfi Azhar namun bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Must-Watch Video