HIBURAN
"Kau Hina Aku Cakap Mengandung Anak Haram, Panggil Aku Jal*ng" - Fara Salleh Dedah Perangai Shuk Sahar, Dilayan Teruk Ketika Hamil?
Isteri kepada pelawak sensasi Shuk Sahar, Fara Salleh, tampil meluahkan isi hatinya di Instagram Stories berhubung kekecewaannya terhadap tindakan suaminya yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bakal bapa.
BERITA TRENDING: “Nyawa Dah Nak Habis Tapi Dapat Satu Lagi Nyawa” - Isteri Shuk Sahar Hamil Dalam Keadaan Diri Berdepan Masalah Jantung
BERITA TRENDING: Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”
BERITA TRENDING: Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah Tangga Shuk Sahar & Isteri Goyah? - “I Hope He Realize My Statement & Divorce Me”
Menerusi satu hantaran foto di katil hospital, Fara yang ketika itu sedang menerima rawatan akibat pendarahan dalam rahim mendakwa suaminya tidak mengambil tahu tentang keadaannya, malah langsung tidak menjenguk atau bertanya khabar."Saja nak tanya seronok tak lepak sampai tak nampak batang hidung selama aku masuk wad ni?
"Tahu tak anak ini okay ke tak? Tahu tak doktor cakap apa? Tahu tak risiko apa aku hadap bawa anak kau ini?
"Kau tahu tak anak kau ini bila makin membesar, makin jantung aku tak stabil.
"Korang tahu tak kenapa aku sampai dapat pendarahan dalam rahim?
"Pergi tanya ahli baru korang yang sibuk ‘planning’ nak naikkan nama lepak bapak tu apa jadi sehari sebelum dia jumpa korang di Kuala Lumpur sampai aku pendarahan?" kongsinya.
.jpg)
Lebih mengejutkan, Fara turut mendedahkan bahawa dia menerima hinaan terhadap kandungannya ketika mereka sedang bercuti di Perancis.
"Insya-Allah aku boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti.
"Lagipun masa di Perancis hari itu kau hina cakap aku mengandung anak haram dan panggil aku jalang.
"Aku tak takut hilang kau, mohon beri kerjasama di mahkamah nanti," tambahnya.
.jpg)
Sebelum ini, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk dipercayai bermula sejak tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya.
Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 selepas Shuk bercerai dengan isteri pertamanya, Rossa Sera, pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan pertama itu, Shuk dan Rossa dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Must-Watch Video