Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Sondol Suami Orang, Karolina Shiino Terpaksa Lepaskan Gelaran Miss Japan!

Gempak 07/02/2024 | 05:50 MYT
Tidak sampai sebulan dinobatkan sebagai ratu cantik Miss Japan, Karolina Shiino terpaksa melepaskan statusnya itu.

BERITA TRENDING: Pelakon Berstatus Janda ‘Menang’ Sondol Suami Orang, Sementara Si Isteri Pasrah Mahu Cerai

Semuanya gara-gara kisah hubungan sulit model kelahiran Ukraine berusia 26 tahun itu dengan suami orang terbongkar.
Sebelum ini, kejayaan Shiino memenangi gelaran Miss Japan mencetuskan kontroversi kerana ibu dan bapanya berketurunan Ukraine.
Ia berikutan ramai pihak mempersoalkan pemilihan wanita bukan berdarah Jepun sebagai juara pertandingan ratu cantik itu.
Kini Shiino sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas majalah Shukan Bunshun mendakwa dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor yang telah berkahwin.
Pada mulanya, penganjur pertandingan menyangkal dakwaan Shukan Bunshun dan berkata, Shiino tidak bersalah kerana tidak mengetahui kekasihnya sudah berumah tangga.
Bagaimanapun, mereka mengeluarkan kenyataan baharu pada Isnin bahawa Shiino masih menjalinkan hubungan dengan kekasihnya meskipun mengetahui lelaki itu telah berkahwin.
Malah, penganjur pertandingan itu turut memberitahu telah menerima permintaan Shiino untuk melepaskan gelaran yang dimenanginya pada 22 Januari lalu.
Shiino dan keluarganya berpindah ke Jepun dari Ukraine ketika dia berusia lima tahun. Dia membesar di Nagoya selepas ibunya berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki Jepun. - Agensi

PILIHAN PEMBACA: Melly Goeslaw Dituduh Sondol Rumah Tangga, Curang Dengan Polis

#Viral #Suami #Jepun #Ukraine #Sondol #Karolina Shiino #Miss Japan
;