• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sambut ‘Birthday’ Bersama, Anak Sulung Fizo Omar Siap Beli Hadiah Untuk Adik-Adik - “Maryam Bagus, Dia PIlih Sendiri…”
HIBURAN
Ungku Ismail Wujudkan Aplikasi 'Power Congak' Sebab...
HIBURAN
Lagu Istimewa Hadiah Buat Peminat, Ini Janji Anuar Zain Untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur - “Keutamaan Saya Adalah…”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Sorry I Diagnosed You With ..." - Runtun Hati Ramai, Kisah 'Abah Nur Sakinah' Bertemu Ilahi Buktikan COVID-19 Is Real!

Azwa Rahman
Azwa Rahman
23/05/2021
11:31 MYT
Sponsor Banner
"Sorry I Diagnosed You With ..." - Runtun Hati Ramai, Kisah 'Abah Nur Sakinah' Bertemu Ilahi Buktikan COVID-19 Is Real!
Perkongsian seorang wanita yang juga merupakan seorang doktor di media sosial mengenai bapanya yang meninggal selepas menghidapi COVID-19 stage 5 mengundang sebak wargamaya.
Wanita yang dikenali sebagai Nor Sakinah itu berkongsi berita duka pemergian bapanya, Ir Hj. Kamarul Bahrin Mohamad.
“Allah, ramainya sayang abah. Alhamdulillah thank you abah. Im okay Insyallah. I know he balik dengan ringan. Abah sempat full Ramadan, hujung-hujung Ramadan abah dah start sakit, jadi doa abah mesti sampai.
View this post on Instagram
A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)
“Abah, thank you sebab reda dengan Nor. Nor sorry i diagnosed you with COVID-19, i’m sorry i sent you to the ward, im sorry i consent you for the chest tube, im sorry i consent you for intubation. Im sorry im the only one there.
“Im most sorry that i was not sterm enough in reminding you about social distancing, so that you dont contracted COVID-19 from others,” tulis Sakinah di ruangan kapsyen.
Beberapa hari lalu, tular sebuah video Hj Kamarul yang sempat mengambil air wuduk sebelum dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Allahyarham mula dikenal pasti positif COVID-19 pada 7 Mei lalu setelah mempunyai simptom dan mula ditempatkan di wad ICU sejak Jumaat lalu. Selain kedua ibu dan bapanya, difahamkan enam ahli keluarga yang lain juga positif COVID 19.
Difahamkan sebelum ini, ibunya turut ditempatkan dalam wad bersama dengan Allahyarham namun terpaksa berpisah selepas keadaan kesihatannya semakin merosot sejak beberapa hari lalu sehingga memaksa dibawa ke unit ICU.
View this post on Instagram
A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)
Video berdurasi kurang daripada dua minit itu telah mendapat banyak perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat.
Antara yang menzahirkan doa buat Allahyarham Hj Kamarul adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan penceramah bebas, Ebit Lew juga ikut menitipkan doa buat Allahyarham yang telah dijemput Sang Pencipta.
Susulan daripada pemergian bapanya, Sakinah turut meninggalkan pesanan kepada semua bahawa COVID-19 benar-benar wujud dan ia boleh meragut nyawa sesiapa pun.
Perkongsian video Sakinah itu sehingga kini telah mendapat jutaan tontonan daripada wargamaya.
Jika tiada keperluan, sila duduk di rumah dan sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu menghentikan penularan COVID-19.
Hari ini sahaja, Malaysia telah mencatatkan sejarah baharu apabila angka positif COVID 19 mencecah 6.976 kes dengan 49 kematian.
Related Topics
#Malaysia
#COVID-19
#Abah Nur Sakinah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement