Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Special, Yang Ketiga On The Way” – Beego

Mya Amri 09/04/2019 | 04:16 MYT
Pelakon, Beego dan Linda Hashim teruja menantikan kelahiran anak ketiga mereka.
Beego memberitahu perkata tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Assalamualaikum semua... Kalau perasan saya tak update lama insta/sosial platform yang lain sebab mmm tak ada cerita menarik nak share.
“Takut korang jemu… Tetapi hari ini special... Yang ke -3 on the way… Doakan semoga Allah SWT rahmati, berkati dan permudahkan... Aminm semoga baby jadi anak yang soleh/solehah,” tulisnya.

Assalamualaikum semua... Kalau perasan sy tak update lama insta/sosial platform yg lain sbb m m takde cerita menarik nak share..takut korang jemu.. teTapi hari ini Special... yg ke -3 on d way.. doakan semoga Allah swt rahmati,berkati dan permudahkan... Aamiin.. semoga baby jadi anak yg soleh/solehah..

A post shared by my p.a forshooting 0174000356 (@beego_linda) on

Menerusi ruangan komen, pengikutnya juga turut mendoakan agar segala urusan bersalin isteri kesayangannya dipermudahkan.
Bagaimanapun, buat masa ini Beego dan Linda masih belum memberikan sebarang berita mengenai kelahiran anak ketiganya.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakam dua orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4.
Foto: Instagram @beego_linda
#pelakon #Pelakon #Beego #Linda Hashim
;