Hiburan

Stacy Kongsi Pengalaman Bikin MV Lagu 'Menyala' Di Sabah - "Saya Curi Masa Dalam Satu Ke Dua Hari Untuk..."

Ainun
07/12/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Stacy Kongsi Pengalaman Bikin MV Lagu 'Menyala' Di Sabah - "Saya Curi Masa Dalam Satu Ke Dua Hari Untuk..."
Penyanyi, Stacy meluahkan rasa seronok apabila dia berpeluang menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya berjudul Menyala di tempat kelahirannya, Sabah.
Berkongsi pengalaman indah ketika berada di Sabah, Stacy memberitahu penduduk di Monsopiad Heritage Village menyambut baik kedatangannya.
“Untuk penggambaran muzik video Menyala ini, saya berasa sangat seronok ketika menjalani penggambaran tersebut sebab kebanyakkan saya lakukan penggambaran itu di Sabah.

“Saya curi masa dalam satu ke dua hari untuk lakukan penggambaran. Kami pergi ke tempat yang betul iaitu, Monsopiad di Sabah dan disana budaya Sumandak itu memang banyak.

“Mereka juga membenarkan kami melakukan penggambaran di situ sepenuhnya. Maksudnya mereka sudi menerima keberadaan saya disana,” katanya kepada Gempak.
Stacy Anam ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya, Menyala di Hotel Courthyard, Kuala Lumpur pada Khamis.
Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini turut berterima kasih atas pencapaiannya pada tahun ini dan berjanji akan terus bersemangat untuk mempromosikan lagu terbaharunya.

“Saya sangat berterima kasih dengan perjalanan saya pada tahun ini kerana perjalanan itu memberikan saya semangat untuk lagu terbaharu saya ini,” ucapnya.

Sekadar info, Stacy merupakan anak jati dari negeri Sabah yang berasal dari Kampung Tuavon, Penampang.
Dia juga telah mencipta nama selepas menjuarai Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada tahun 2008, menjadikannya salah seorang artis popular di Malaysia.

BERITA TRENDING: Sistem Amaran Awal, Ramalan & Hebahan Kurangkan Kerosakan Bencana Sehingga 30 Peratus - Pakar

BERITA TRENDING: “Mereka Juga Sering Dinasihatkan Supaya Perlu Banyak Berdoa” - Diana Danielle Seru Wanita Jangan Takut Tentang Stigma Buka Aib

BERITA TRENDING: Shila Amzah Anggap ‘Abuser’ Takkan Berubah, Selamanya Akan Jadi Kaki Pukul - “Waktu Baik Dia Akan Layan Seperti Princess, Datang Gila…”

BERITA TRENDING: Berhenti Merokok Sejak Kematian Adik, Berat Badan Hattan Mula Bertambah - "Dua Minggu Pertama Memang Gigil..."

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024