Laman Utama
Status Ibu Selamatkan Hidup Angelina Jolie Dari Musnah
Pesohor Hollywood, Angelina Jolie muncul sebagai wajah hadapan edisi terkini majalah Vogue.
Selain berbicara mengenai produk terkini iaitu menekuni dunia fesyen yang diberi nama Atelier Jolie, aktres tersebut bercakap mengenai kehidupan sepanjang bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Brad Pitt.
Jolie memiliki enam orang anak iaitu Maddox Chivan, 22, Zahara Marley, 18, Shiloh Nouvel, 17, Pax Thien, 19, dan kembar Knox Leon dan Vivienne Marcheline, 15.
Menurut Jolie, kehidupan sebagai ibu menyelamatkan dirinya daripada musnah.
“Saya berusia 26 tahun sewaktu mengambil Maddox (anak angkat dari Kemboja) dan sejak itu kehidupan saya berubah.
“Mempunyai anak telah banyak menyelamatkan saya dan berhidup dengan pandangan yang berbeza terhadap dunia,” katanya seperti dilaporkan majalah tersebut.
Kata bintang berusia 48 tahun itu lagi, saat ini dia hanya mahu hidup dengan baik demi keenam-enam anaknya.
“Sebagai ibu saya mahu melihat anak-anak membesar dengan selamat dan stabil. Saya juga mahu mereka menjadi lebih baik daripada saya,” katanya lagi.