Hiburan
“Stop Mesej Saya, It’s Annoying! Saya Okay” - Fathia Latiff
Pelakon, Fathia Latiff meminta netizen supaya berhenti memberikan mesej di Instagram dan bertanyakan sama ada dirinya mengalami masalah.
Fathia menerusi video pendek di Instagram Story miliknya berkata, kondisi dirinya berada dalam keadaan baik dan gembira.
BERITA TRENDING: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff
“Berhenti hantar video atau bertanyakan sama ada saya okay atau pun tidak. Saya dalam keadaan baik dan gembira.
“Jadi berhentilah, saya tak tahulah, jika saya tahu cara untuk menghentikannya saya hentikan. Saya terlalu malas nak track bagaimana cara untuk membuatkan mereka tidak mesej saya.
“Jadi tolonglah berhenti kerana ia sangat menjengkelkan,” katanya.
Terdahulu nama Fathia hangat diperkatakan netizen selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.
PILIHAN PEMBACA: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?
Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
BERITA TRENDING: Berkelakuan Aneh, Netizen Dakwa Fathia Latiff Dalam Fasa ‘Tak Sihat’? - “Dia Tengah Manic La”
Disebabkan itu, netizen mendakwa Fathia mengalami masalah mental dan memerlukan pertolongan.