Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu
Kerana rasa cinta yang mendalam, seorang suami sanggup membuat 100 panggilan gangguan setiap hari terhadap isterinya.
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Menerusi hasil siasatan polis telah mendapati gangguan panggilan yang diterima oleh wanita berkenaan sepanjang bulan Julai dan Ogos itu adalah daripada suaminya.
Lelaki itu dipercayai sering membuat panggilan tanpa suara terhadap isterinya kerana berasa cemburu apabila wanita berkenaan berbual dengan lelaki lain di telefon, walaupun dia tidak mengetahui butiran perbualan tersebut.
Pasangan ini dilaporkan tidak mempunyai konflik rumah tangga sebelum ini dan hidup secara harmoni.
BERITA TRENDING: Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”
BERITA TRENDING: YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"
BERITA TRENDING: Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri
Pihak polis telah menahan lelaki itu, namun hukuman ke atasnya masih belum didedahkan.
Panggilan gangguan yang menyebabkan tekanan psikologi serius adalah menyalahi undang-undang di Jepun.
Pelaku boleh dihukum penjara hingga satu tahun atau denda sebanyak 1 juta yen (RM32,000), serta perintah larangan akan dikeluarkan.
Sumber: SCMP