Laman Utama

Suami Curang Dengan Lelaki, Viral Curhat Wanita Ini: “I'm Married But Still Virgin'

Maliah Surip
12/07/2022
15:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Curang Dengan Lelaki, Viral Curhat Wanita Ini: “I'm Married But Still Virgin'
Platform media sosial memang tempat menjadi banyak pengguna meluahkan perasaan dan berbagi aktiviti bersama pengikut masing masing.
Namun tak sedikit juga luahan atau curhat (curahan hati) yang ditulis menjadi viral. Seperti curhat yang ditulis pemilik akaun Tiktok dengan nama @cndyynsd ini.
Menerusi laporan Detik.com, curhat wanita Indonesia ini menjadi viral selepas dia mengaku masih virgin atau dara walaupun setelah berkahwin.
Hal itu kerana dia mendakwa suaminya curang dan menjalin hubungan songsang dengan seorang lelaki.
Cindy mengetahui ‘khabar buruk’ itu secara tak sengaja selepas membaca percakapan sang suami dengan lelaki lain di dalam telefon bimbitnya.
"Dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu. Perasaan bahagiaku saat itu adalah menikah dengan orang yang aku cintai dan melihat orang tua bahagia. Namun setelah menikah sikapnya berubah dan banyak hal yang tidak pernah aku sangka," tulisnya di akaun TikTok @cndyynsd.
Tidak hanya itu, Cindy yang menyifatkan dunia seperti runtuh saat mengetahui suaminya mempunyai hubungan songsang dengan lelaki lain juga mengatakan tidak pernah disentuh sejak berkahwin.
“Bahkan selama menikah dia tidak mau menyentuhku sekalipun. I've married but still virgin. Dan ternyata... He's not lioving me, but him. Seketika dunia terasa runtuh," curhatnya lagi.
Kata Cindy kerana terkejut, dia telah memaklumkan hal tersebut kepada keluarga mentua, namun suaminya selain marah, lelaki itu juga keluar rumah meninggalkannya tanpa khabar berita.
"Aku cuba menerima keadaan itu tapi dia malah pergi dan tidak ada khabar. Malah jadi aku yang merasa bersalah kerana sudah melihat handphonenya.
Dia menghilang dan lost contact dari semua keluarga. Kecewa dan stress sangat hampir gila rasanya," ujarnya pasrah.
Curhat tersebut telah ditonton lebih daripada 6.6 juta tontonan di Tik Tok, namun Cindy tidak mendedahkan butiran seperti tarikh nikah dan menutup ruangan komen.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar