Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Suami Kerja Badut, Isteri Telan Kata-Kata Mak Cik Puaka - "Syukur 13 Tahun Kahwin Dapat Pergi Umrah, Bercuti Di Jepun & Beli Rumah"

Mya Amri 11/06/2024 | 05:25 MYT
Perkongsian seorang wanita mengenai kisah hidup dan pekerjaan suaminya sebagai seorang badut mendapat perhatian netizen.
Menerusi perkongsian tular di platform TikTok, wanita yang dikenali sebagai Salina Aziz memaklumkan dia tidak kisah dengan latar belakang pilihan cinta hatinya dan menerima suaminya dengan seadaannya.

Ibu restu janji suami lakukan kerja halal
Bercerita mengenai kisahnya, Salina berkata dia bersyukur kerana ibunya memberikan restu kepada mereka untuk melangsungkan perkahwinan walaupun selepas mengetahui pekerjaan suaminya.
Mereka kemudiaannya melangsungkan pertunangan secara sederhana dan solekan ketika majlis perkahwinan juga merupakan hasil air tangannya sendiri.

“Mak nak kahwin, laki tu kerja apa? Kerja badut je. Kahwinlah janji kerja dia halal.

“Okay jom tunang, make up, baju tunang semua sendiri. Tak ada duit tapi sebuk nak bertunang.
“Lepas 7 bulan tunang kami kahwin. Duit belanja kahwin kongsi sama-sama. Nak kahwinkan? Kena susah sama-sama.
“Lepas kahwin ikut suami kerja dekat Penang pun dah rasa seronok. Konon-konon bulan madu walaupun duit tak ada pun masa ni,” tulisnya.

BERITA TRENDING: "Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal

BERITA TRENDING: Nabila Razali Seronok Beraya Di Kelantan, Suka Panggilan Mek Nab - “Nama Tu Macam Cool Juga Kan”

Teringat kata-kata Mak Cik puaka
Dalam hantaran yang sama, Salina juga mendedahkan telah menempuhi pelbagai dugaan termasuklah pertikaian orang mengenai pekerjaan suaminya sebagai badut.

“Tetap teruskan kerja badut, masa ni kerja dengan orang. Orang bayar berapa, suami terima sahaja. Dah ada anak pun masih kerja badut, alhamdulillah belum lagi makan pasir suami buat kerja ni.

“Bos panggil kerja, ikutkan sahaja selagi ada permintaan. Gaji belakang kira janji ada. Tak boleh bergantung dengan orang, kita jalan sendiri. Tambah tambah service lain juga selain badut.
“Sentiasa berdua sebab suami buat badut, isteri ada bakat seni sikit-sikit jalan job face painting. Jadi kita jalan combo pakej.
“Isteri jahit baju suami terlampau rajin jahit jugak baju anak. Sekadar suka-suka.

Teringat kata-kata puaka makcik bawang, kerja badut berapa je dapat? Boleh bagi anak bini makan ke? Carilah laki yang menjamin masa depan sikit.

“Dengan kerja badut inilah suami saya, dapat bawa isteri, anak, ibu mentua dia naik cruise. Anak acik ada bawa tak.”

BERITA TRENDING: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

BERITA TRENDING: Ain Edruce Dedah Suami Tak Suka Kamera, Perangai Lain Dalam Real Life Berbanding Media Sosial

BERITA TRENDING: “Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan

Mampu beli rumah, bawa pergi umrah, bercuti di Jepun
Tambah Salina lagi, berkat kesabaran dan keihklasan suaminya mencari rezeki, mereka sekeluarga sentiasa rasa mencukupi.
Malah perkhidmatan badut yang dilakukan oleh suaminya itu juga pernah mendapat tawaran daripada selebriti antaranya Intan Ladyana dan Neelofa.
“Alhamdulillah ada, permintaan dari artis juga. Selesa kerja berdua. Anak sulung yang menjadi saksi susah senang mak ayah dia.

“Dapat belikan isteri dia emas, dapat bawa bini dia bulan madu dekat Maldives dua kali. Dapat pergi holiday luar negara setiap tahun.

“Sentiasa raikan anak isteri dia, dapat pergi jepun, bawa anak isteri umrah. Dapat beli rumah untuk anak isteri dia.
“Setakat 13 tahun perkahwinan kami ni saya tak pernah ketuk pintu rumah makcik mintak beras lagi. Walau apa pun kerja suami kita, selagi dia ada kudrat dan rajin, yakinlah. Allah sentiasa ada...” kongsinya.
View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

#Viral #Umrah #Beli Rumah #Jepun #Tular #Badut #Mak Cik Puaka #Pekerjaan #Kerja Badut
;