Viral

"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal

gempak
Amri Hassan
11/05/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pandangan tentang isu rumah tangga yang sedang tular ketika ini.

BERITA TRENDING: Usahawan Dakwa Suami Suka Follow IG Perempuan Seksi, Tiada Usaha Berubah? - "Benda Ni Dah Lama, Gaduh Kat Umrah Pun Fasal…

Isu terbabit difahamkan merujuk kepada suami yang gemar melihat wanita seksi biarpun sudah mempunyai isteri yang azalinya cantik.
"Tak kisah lah awak cantik ke tak cantik ke, kalau suami nak tengok perempuan seksi, bogel-bogel dan lucah semua itu, dia tetap akan tengok juga tak kira macam mana gaya dan rupa paras awak," tulisnya menerusi aplikasi X.
Tambah Dahli laagai, suami atau secara umumnya lelaki akan tetap melakukan perbuatan sedemikian mestipun ditegur isteri berulang kali.
"Awak boleh nasihat dan tegur sebanyak mana yang awak nak tetapi kalau mereka (suami) masih memilih untuk melihat (perkara tidak senonoh) maka awak tahulah apa mereka akan buat selepas itu," katanya.
Terdahulu, kecoh apabila seorang usahawan wanita yang sedang hamil tampil mendedahkan perilaku suaminya yang didakwa masih mengikuti akaun-akaun Instagram wanita seksi biarpun sudah ditegur berkali-kali.

BERITA TRENDING: "Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024