Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Suami Tak Banyak Songeh Masa .." - Umie Aida Kongsi Sikap Suami Di Mina

Zulaikha Yusof 15/08/2019 | 05:53 MYT
Pelakon Datin Seri Umie Aida mendedahkan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak mempunyai banyak kerenah sepanjang berada di Mina.
Menurut Umie yang kini berada di Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima, suaminya mengutamakan ahli jemaah yang lebih berusia untuk berehat.
"Masya-Allah.. Suamiku tak banyak songeh masa di Mina. Padanya kita utamakan jemaah yang berumur untuk tidur dengan selesa.
"Dan saya bagi suami tidur atas sofa di luar bilik.. Saya tidur atas tikar.
"Alhamdulillah dapat lelapkan mata 2 jam dah bersyukur.. Sementara menunggu waktu untuk melontar," tulisnya.
Tambah Umie atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad Ali, dia melahirkan rasa syukur apabila diberi cuaca yang baik sepanjang menjalankan ibadah haji.
"Kenikmatan cuaca yang Allah beri tak mampu kita bayar dengan wang ringgit.
"Syukur dapat menumpang rezeki doa jemaah yang Allah makbulkan.
"Allah permudahkan segalanya. Ya Allah terima kasih," tulisnya lagi.
Umie dan suami berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 4 Ogos lalu bagi menunaikan ibadah haji.
#pelakon #Umie Aida #Pelakon
;