Hiburan
Sudah Berjanji Dengan Keluarga, Randy Pangalila Umum Bersara Dari Dunia Tinju
Pelakon Indonesia, Randy Pangalila mengumumkan persaraannya daripada dari sukan tinju pada Ahad.
Bersara Dari Tinju Sebab Dah Berjanji
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Randy atau nama sebenarnya Randy Dionisius Pangalila sejurus sahaja selepas memenangi perlawanannya dengan Jekson Karmela.BERITA TRENDING: Tak Ada Job, Isteri Terkejut Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang
Menurut pelakon filem Perjalanan Pertama itu, keputusan tersebut dibuat kerana Randy sudah berjanji dengan keluarganya untuk tidak terlibat lagi dalam sukan berkenaan.BERITA TRENDING:Bawa Watak Ustaz Tapi Bukan Islam, Ini Komen Randy Pangalila- "Tiada Masalah, Tak Ganggu..."
"Saya tak suka nak bagitahu tetapi saya sudah berjanji dengan keluarga saya bahawa perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang terakhir buat saya.
BERITA TRENDING: Randy Pangalila, Naysilla Mirdad Antara Artis Indonesia Yang Baru Dijangkiti COVID-19!
"Sekarang kalian tahu kenapa saya katakan perlawanan ini adalah satu perlawanan impian buat saya.
"Sebab saya nak akhirinya dengan kemenangan," katanya.
BERITA TRENDING:Randy Pangalila Rindu Mahu Kembali Berlakon Di Malaysia
Randy juga dalam pada itu sempat berharap agar orang ramai mengingatinya bukan hanya sekadar seorang pelakon tetapi seorang ahli tinju.
"Saya berharap anda semua tidak akan melupakan saya. Bukan saja Randy Pangalilal sebagai seorang selebriti tetapi sebagai seorang juara tinju.
"Terima kasih buat semua peminat sukan tinju di Indonesia. Saya benci nak umumkan ini tetapi Randpunk sign out!," kongsinya.
Sekadar info, Randy dan isterinya, Chelsey Frank mendirikan rumah tangga mereka pada 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: TikTok