Laman Utama
Sudahlah Dilanggar Motor, Lelaki Bangladesh Ini Digilis Pula ‘King Of The Road’ Gara-Gara Enggan…
Gara-gara sengaja baring di atas jalan raya walaupun hanya mengalami cedera ringan selepas dilanggar motosikal, seorang lelaki Bangladesh parah digilis sebuah kereta di Jalan Butterworth-Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Disebabkan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan terus dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.
BERITA TRENDING: Pelakon Diberkas! Pandu Myvi Cara Berbahaya Sehingga Menyebabkan Kekasih Tercampak
Saksi yang berada di lokasi kejadian mendedahkan, mangsa pada awalnya berjalan kaki dan melintas dari kiri ke kanan jalan. Mangsa kemudian dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah.
Pelanggaran tersebut tidak melibatkan kecederaan serius dan mangsa dikatakan tidak mahu diangkat dan dibawa ke bahu jalan oleh orang ramai.
“Beberapa saat kemudian dia bernasib malang apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju dari arah Alor Setar hilang kawalan sebaik menghampiri lokasi itu dan melanggar mangsa menyebabkan dia tidak sedarkan diri,” kata saksi berkenaan.
Difahamkan, pemandu kereta yang belum dikenal pasti itu bertindak cabut lari. Namun, kejadian berjaya dirakam oleh seorang individu dan berkongsi video tersebut di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian terdapat seorang lelaki tempatan mengawasi lalu lintas di situ.
“Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri lokasi kejadian nyaris merempuh lelaki terbabit tetapi sempat dielak sebelum melanggar mangsa yang terbaring di situ,” katanya.
BERITA TRENDING: “Nak Kahwin Tu Saya, Bukan Mak Saya,” - Ibu Tak Setuju Bakal Menantu Nak Beli MyVi Sebelum Nikah, Katanya Seperti Kereta Student
Tambahnya, pemandu kereta itu bertindak melarikan diri selepas kejadian manakala mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HSAH.
“Kita sedang mendapatkan keterangan daripada saksi kejadian selain menjejaki pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar lari itu untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya
Sumber: Platform X, Kosmo! Online