Sukan
Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim Kembali Ke Padang Selepas 3 Bulan Berehat
Penyerang Selangor, Faisal Halim akhirnya kembali ke padang apabila tersenarai dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu malam.
Aura Mickey Luar Biasa
Setelah hampir tiga bulan berehat, aura yang dibawa Faisal atau mesra disapa Mickey itu ternyata mengubah aura apabila berjalan memasuki padang sekaligus menggegarkan stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Meskipun tidak berada dalam kesebelasan utama skuad Merah Kuning, Faisal seolah sebak apabila dia melakukan sujud kesyukuran sebelum memasuki padang untuk sesi pemanas padan.
Malah, Faisal turut mengenakan topeng khas berikutan kesan daripada simbahan asid yang meninggalkan kesan pada fizikal pemain berusia 26 tahun itu.
Topeng Khas Curi Tumpuan
Dalam satu muat naik yang dikeluarkan oleh Selangor FC, menyaksikan pemain itu yang pada kebiasaannya memakai jersi nombor tujuh memegang topeng khas itu.
Selangor Ke Final
Dalam perlawanan tersebut, Selangor FC berjaya bangkit untuk menang 4-1 dan 6-4 secara agregat sekali gus membolehkan Red Giants ke pentas akhir yang dijadualkan berlangsung 24 Ogos ini.
Kali terakhir Selangor mara ke final Piala FA pada tahun 2018 yang mana mereka tewas 0-2 kepada Pahang.
Selangor FC akan menanti pemenang antara Johor Darul Ta'zim atau Kedah Darul Aman yang akan turun dalam separuh akhir kedua esok malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Sedih & Terkesan Dengan Keputusan Kim Pan-gon Letak Jawatan - “Saya Masih Ingat Dua Bulan Lepas Jurulatih Datang Ke Hospital & Berikan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Tidak Mahu Terus Menyorok, Mohon Doa Cepat Sembuh - “Saya Nak Jalani Kehidupan Seperti Manusia Lain”
ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Perlu Diberi Bantuan Psikososial – “Beliau Perlu Terima Rawatan Menghadapi Trauma & Kena Ada Kumpulan Sokongan Yang Baik”
Sumber: Stadium Astro