Sukan

Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah

gempak
Gempak
22/06/2024
07:28 MYT
Sponsor Banner
Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah
Pemain bola sepak negara Faisal Halim yang kini masih berehat dan mendapatkan rawatan selepas melalui pengalaman ngeri disimbah asid Mei lalu menerima kunjungan mengejut oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Tun M

Menurut Faisal menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, kunjungan dari negarawan ulung itu tidak dijangka dan sangat mengejutkanya.
Beliau dan keluarga amat berterima kasih dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir yang sudi meluangkan masa untuk bertanya khabar mengenainya serta keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Hukum Beri Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam?

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebabnya Kenapa Otot Daging Masih Bergerak-Gerak Walaupun Selepas Lembu Disembelih

ARTIKEL BERKAITAN: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen

"Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan daripada insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga," kata Faisal.
Malah, kunjungan perdana menteri Malaysia keempat itu juga nampaknya menyuntik semangat baharu buat pemain Selangor itu dan lebih bersemangat untuk memastikan bahawa beliau akan kembali beraksi di atas padang seperti sedia kala.

"Insya-Allah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan," jelasnya lagi.

Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live