Viral

Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam

Gempak
15/06/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam
Nama Ceddy Ang begitu akrab dengan kaum Melayu. Masakan tidak, lelaki berbangsa Tionghoa ini tidak hanya fasih berbahasa Melayu, malah turut dikenali sebagai pengulas makanan halal di platform media sosial miliknya.
Lebih unik, setiap kali tibanya bulan Ramadan, Ceddy yang juga pengacara dan pencipta kandungan (content creator) pasti tidak melepaskan peluang untuk turut sama berpuasa dan berbuka seperti umat Islam lain.
Baru-baru ini, namanya sekali meniti di bibir netizen gara-gara berkongsi tentang Al-Quran. Sungguhpun hantaran di media sosial itu kelihatan seperti hantaran normal biasa, namun, masih ada yang bercakap ‘nakal’ terhadap Ceddy, meletakkan lelaki itu sebagai individu yang suka menunggang agama.
Ikuti temu bual Gempak bersama Ceddy mengenai isu ini:
Gempak: Baru-baru ini, kecoh bila Ceddy berkongsi tentang Al-Quran. Ceddy akui yang Ceddy beli Al-Quran kerana mahu belajar lebih mengenai kitab itu. Tapi biasalah, netizen akan bercakap yang mengapa perlu menunjuk, kenapa perlu beli Al-Quran? Jadi, bagi Ceddy, kenapa Ceddy terasa mahu belajar Al-Quran dan berkongsi dengan followers?

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang Pun Ada Ulasan Sendiri Kan, Kenapa Saya Yang Salah?” - Ceddy Tak Fake, Selesa Buat Food Review Jujur

Ceddy: ⁠Sebenarnya Ceddy seorang yang suka belajar tentang agama, sepanjang hidup saya, saya telah belajar tentang agama Buddha, Kristian dan Hinduism. Memang sejak dah cuba puasa, Ceddy ingin mendalami ilmu agama Islam, there were so many questions like how did the Prophet know the benefits of fasting, benefits of kurma and so on. Apabila SinarDaily menjemput Ceddy ke HQ dia dalam Karangkraf untuk merakam sebuah podcast mengenai Palestin, tak tahu kenapa rasa macam dipanggil untuk singgah ke kedai buku itu. It was a moment of ‘Wow cantiknya the Quran!’ Maybe this is the moment for me to just start studying!’
Gempak: Banyak kali Ceddy dituduh sebagai penunggang agama. Tapi Ceddy masih terus berkongsi tentang puasa, makanan halal food dan sekarang Al-Quran. Bagaimana Ceddy masih bersabar dan tidak putus semangat bila berhadapan dengan kritikan netizen?

ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan Blockout 2024 Berleluasa, Ceddy Ang Kongsi Pengalaman Dilamar Produk Dalam Senarai Boikot

Ceddy: ⁠Kadang-kadang rasa down juga kenapa ada juga orang yang sangat panas dan cepat bersangka buruk terhadap apa yang saya buat. Tetapi hidup ini memang penuh dengan ujian kan? Saya kena berpegang kepada mentaliti bahawa kalau dalam hidup ini ada 1 orang yang benci, ada 100 lagi orang yang sayang atau sokong. Ada banyak orang DM Ceddy dan kata apa yang saya buat sebenarnya membantu mereka untuk cuba mendekati diri dengan Tuhan. Ada yang kata video saya adalah motivasi mereka untuk baca Al-Quran lagi. Satu lagi, Ceddy tak pernah pun berniat dan berminat untuk menghina atau mempersendakan agama Islam. So why not continue to inspire people?
Gempak: Sebelum ini, adakah Ceddy tahu perihal Al-Quran? Pernahkah Ceddy cuba-cuba untuk membaca terjemahannya?

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahun Ini Saya Reject Semua Food Review!” - Mahu ‘Full Force’, Ceddy Berazam Puasa Penuh

Ceddy: Sebelum ini, ⁠saya memang sudah tahu Al-Quran itu apa… Tapi itulah kita selalu memberi alasan seperti ‘Oh saya tak boleh baca Al-Quran kerana tak faham bahasa Arab.’ Tetapi ada translation kan?
Gempak: Adakah Ceddy sudah mula belajar Al-Quran? Jika sudah mula belajar, boleh kongsi sedikit sekarang Ceddy sudah sampai juzuk berapa dan apa yang Ceddy dapat daripada bacaan berkenaan?
Ceddy: Sejujurnya Ceddy belum properly start lagi sebab selepas membeli Al-Quran itu, Ceddy perlu travel ke Sabah for jobs. Tetapi, dalam video saya, ramai commenters yang kata: “Ceddy, ayat 95 dalam Surah Al-An’am itu adalah mesej untuk you!” Jadi saya pun cepat cepat study,
Maksud terjemahan: Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu Nya)?

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Ilmu, Jauhi Toksik! Dr Malar, Zack Kirana, Ryan Bakery & Ceddy Mahu Publik Faham Fungsi Influencer

Dia macam wow! God works in a mysterious way! Ceddy nak cepat cepat start dah!
Gempak: Tempoh hari, Ceddy viral sehingga masuk Aljazeera. Cuma mereka tersalah gelarkan Ceddy ini dari Filipina. Apa perasaan Ceddy bila video Ceddy masuk ke platform berita antarabangsa? Adakah Ceddy akan terus buat kandungan mencetuskan kesedaran dalam kalangan pengikut dalam dan luar negara?

ARTIKEL BERKAITAN: Ceddy dan Sean react soalan pelik netizen?? | Gempak Most Wanted EP15

Ceddy: Ya, Ceddy akan tetap spread awareness about what’s going on kerana kita tidak boleh membisu tentang hal kemanusiaan ini. Ceddy rasa bangga juga boleh masuk Aljazeera cuma kelakar lah apabila dilabel influencer Filipino haha! Tapi that is a small matter, yang penting kita terus bersuara!

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar