"Suka Makan Manis Kali Ni, Akibatnya Air Ketuban Rendah" - 35 Minggu Hamil, Raja Farah Bimbang
Amri Hassan
17/03/2019
|
13:23 MYT
Pelakon Raja Farah berkongsi kerisauan tentang keadaan kandungannya yang kini memasuki usia 35 minggu namun kondisi air ketubannya berada dalam paras minimum.
Dedah Farah, keadaan itu disedari apabila bayi yang dikandungnya tidak berpusing kepala ke bawah disebabkan air ketuban yang tidak mencukupi.
"Masa pregnant 33 minggu lebih hari tu, baby masih belum pusing kepala ke bawah, tapi tak de lah merisaukan sebab masih ada masa utk baby pusing.
"Tapi....Farah jadi risau balik, bila my gynae said, my amniotic fluid or air ketuban, tak cukup... Dekat borderline je.
"Jadi kemungkinan....baby susah nak pusing sendiri, sebab air ketuban tak banyak," tulisnya menerusi akaun Instagram.
Bagaimanapun keadaan bayinya kini berada dalam kedudukan yang sepatutnya selepas pemeriksaan terbaharu.
Namun, kuantiti air ketubannya masih rendah disebabkan pengambilan gula terlalu banyak ketika hamil.
"So far belum ada good progress, masih di paras borderline.
"Next check up will be next week pulak for 35 weeks pregnant. My gynae said, low amniotic fluid ni disebabkan gestational diabetes I had in this pregnancy..aih..!
"Mama suka makan manis this time....tu yang gula tinggi.
"Akibatnya air ketuban rendah. Doctor said air ketuban terlalu banyak atau terlalu sikit apabila gula terlalu tinggi atau terlalu rendah...
"So again Farah down sikit, no more sweet foods & drinks for me. Seharian minum plain water je sekarang ni. Sungguh terseksa rasa sebab tekak memang nak benda-benda manis.
"Tapi kena fikirkan untuk kebaikan baby. Mama kena berkorban demi baby Mama ni...InsyaAllah...pray for my strength yea everyone," tambahnya.