Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Sukma Sarawak 2024: Bakal Duduki SPM Hujung Tahun, Atlet Perak Ini Tetap Cemerlang Dalam Sukan – “Saya Harap Dapat Keputusan Straight A”

Gempak 20/08/2024 | 12:25 MYT
Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang atlet daripada segi masa dan tenaga serta pembahagian waktu pembelajaran akademik selain sukan juga perlu diutamakan.

Cemerlang Akademik & Sukan

Namun, Woo Zi Jun mengakui tiada masalah apabila mempamerkan kecemerlangan dalam kedua-dua aspek tersebut selepas bijak menyempurnakan peluang untuk memberi yang terbaik.

Namun perkara itu tiada masalah buat woo zi jun yang cemerlang dalam kedua-dua akademik serta sukan yang disertai iaitu tenpin boling untuk membahagi masa dan tenaga.

Ulangkaji Pelajaran Waktu Malam

Woo Zi Jun yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini kekal komited sepenuhnya dalam menjalani persiapan Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024 sebelum kembali fokus dalam pelajaran.

"Habis waktu sekolah dalam pukul 2 kemudian sambung ke latihan hingga pukul 7.

"Jadi, tinggal waktu malam sahaja untuk saya mengulang kaji pelajaran.

"Saya perlu memberi tumpuan terhadap satu perkara terlebih dahulu iaitu fokus kepada Sukma sebelum kembali ke sekolah untuk SPM.

"Saya harus berdisiplin dan berharap dapat keputusan 'straight A'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang Sukma 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Sukma Platform Terbaik Lahirkan Atlet Elit Ke Olimpik, Hannah Yeoh: “Mungkin Ada Yang Akan Ke Brisbane 2032”

Sumber: Stadium Astro

#Sukan #Perak #Sarawak #Atlet #Cemerlang #Boling #Sukma #Akademik
;