,
Sukan

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang Sukma 2024

Gempak
18/08/2024
05:55 MYT
Pertunjukkan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna di dalam Stadium Sarawak malam tadi memukau kira-kira 40,000 hadirin yang menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Perjalanan Sukma 2024 yang membuka tirai secara rasmi hari ini hingga 24 Ogos digambarkan menerusi formasi dron bercahaya yang membentuk pelbagai tulisan seperti ‘Sukma Sarawak’,’Sukma XII’, ‘Semangat Perpaduan Membara’ dan 'I Love Malaysia'.
Bersesuaian dengan lagu tema iaitu ‘Sukma Sarawak Kesukanan Dalam Perpaduan’, persembahan tradisional etnik kreatif Segulai Sejalai turut menyerikan upacara pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
Walaupun kemuncak perasmian oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya bermula pada 9:45 malam, orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu yang kembali ke Bumi Kenyalang selepas lapan tahun.
Selepas ketibaan Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi pada 8:30 malam, Stadium Sarawak terus bergema dengan persembahan pembukaan yang menampilkan kepelbagaian kaum dan tradisi negeri Sarawak. Antaranya paluan kompang hadrah dan gendang serta tarian singa di bawah seliaan Majlis Seni Sarawak.
Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; kedua-dua Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; menteri-menteri Persekutuan dan negeri serta ketua-ketua Menteri dan menteri-menteri besar.
Perarakan masuk 15 kontinjen bertanding didahului kontinjen Jalur Gemilang daripada Batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia diketuai Pegawai Waran II Wan Mohd Razmie Wan Hasan.
Upacara menaikkan bendera Sukma malam tadi diiringi dengan petikan piano mengalunkan lagu tema ‘Sukma Sarawak’ sebelum diteruskan dengan bacaan ikrar diketuai atlet terjun Sarawak Enrique Maccartney Harold.
Malam perasmian turut diserikan dengan persembahan daripada artis terkemuka tanah air Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Marsha Milan.
Melengkapkan upacara malam tadi, penyalaan obor oleh ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong sebagai simbolik temasya Sukma 2024 dibuka secara rasmi.

BERITA TRENDING: "Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

BERITA TRENDING: Nur Izzudin-Sze Fei Mahu Keluar BAM, Ini Respon Goh V Shem - "Saya Rasa Mereka Sudah Cukup Berpengalaman Dan…”

Terdahulu, kemunculan replika burung kenyalang yang terbang di ruang udara Stadium Sarawak mengiringi larian obor oleh peninju sensasi Sarawak Daeloniel Mcdelon Bong atau dikenali Kilat Boy menuju ke pentas kawah api.
Beliau kemudian menyerahkan obor kepada barisan atlet kelahiran Sarawak yang disambut Ramliee Ahmad (silat), (Watson Nyambek (olahraga), Dieung Manggang (renang), Abang Erdie Fazerul Abang Pauzan (pencak silat), Daniel Bego (renang), Bryan Nickson Lomas (terjun), Gracie Junita (terjun), Elizabeth Jimie (renang), Traisy Vivien Tukiet (terjun), Ashley Lau (golf) dan Bertrand Rhodict Lises (terjun) sebelum Pandelela.
Pandelela merupakan pemenang pingat gangsa acara 10 meter (m) platform individu Sukan Olimpik 2012 dan pingat perak bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama di Rio 2016.
Stadium Sarawak bermandi cahaya dengan pertunjukan bunga api yang mengakhiri upacara pembukaan itu.
Sukma 2024 menawarkan 488 pingat emas dalam 37 jenis sukan dengan kesemua acara berlangsung di 50 venue pertandingan dan lebih 12,000 atlet dari seluruh Malaysia termasuk Brunei.

BERITA TRENDING: Jurulatih Beasley Yakin Datuk Azizulhasni Awang Mampu Kayuh Basikal Di Olimpik LA 2028 - “Saya Mahu Lihat Beliau Terus Mencintai Sukan Ini”

BERITA TRENDING: "Adakah Ini Balasan Kerana Saya Langgar Janji Kepada Keluarga?"- Azizulhasni Awang

Ikuti liputan komprehensif menerusi laman web khas sukma.bernama.com yang menyajikan berita berkaitan perkembangan semasa kontinjen negeri dan pencapaian mahupun cerita-cerita menarik atlet terlibat dalam temasya sukan itu.
Laman web dwibahasa itu juga memaparkan keputusan terkini selain galeri foto, video, carta pungutan pingat dan fakta menarik penganjuran Sukma yang memasuki edisi ke-21.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

gempak
07/09/2024
08:25 MYT
Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Terus Catat Kemenangan

gempak
31/08/2024
23:53 MYT
Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.
Berita

Selepas Lebih Sebulan, Barangan Milik Allahyarham Farah Kartini Dihantar Pulang

gempak
30/08/2024
00:25 MYT
Selepas lebih sebulan, semua barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Sukan

Sukma Sarawak 2024: Nazar Umum Masuk Islam Tertunai, Fu Ceen Berjaya Tuai Emas! Pilih Nama Fathurrahman

gempak
23/08/2024
05:25 MYT
Satu kenangan manis untuk atlet taekwando Terengganu, Fu Ceen Put Thai , apabila berjaya meraih emas pada penampilan sulung di SUKMA dalam acara kyorugi kategori lelaki bawah 63kg.