Berita
Sultan Pahang Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang akan berlangsung pada minggu ini.
Tidak dapat meneruskan titah
Al-Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata dan tidak dapat meneruskan titah baginda ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama pasangan Fd Idzham Fd Iskandar dipermudahkan Allah SWT dan berjalan lancar, sebelum Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah baginda menyambung titah tersebut.
"Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina akan kekal (baginda mengesat air mata dan meminta Tengku Hassanal menyambung titah) ...baca ini.
"...akan kekal hingga ke jannah, insya-Allah. Di samping itu juga, marilah bersama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus dipelihara dan dilindungi Allah SWT," titah yang dibacakan Tengku Mahkota Pahang.
BERITA TRENDING: “Sia-Sia Sahaja Awak Masuk Universiti & Lepas Itu Ke Tali Gantung” - Tengku Ampuan Pahang
BERITA TRENDING: “No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal
BERITA TRENDING: Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”
BERITA TRENDING: TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."
Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 dan Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja, di sini, pada Selasa.
Perkahwinan diraja, Tengku Afzan bersama pasangannya akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos ini dan akan dipentaskan secara langsung bertempat di Tasek Kotasas dan Padang MBK 1, Kuantan.
Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA