Laman Utama

Sumbang Mahram Dengan Anak, Lelaki Ini Dakwa 'Diperintah' Dukun Bunuh 7 Bayi Kalau Nak Kaya-Raya

Gempak
27/06/2023
23:44 MYT
Sponsor Banner
Sumbang Mahram Dengan Anak, Lelaki Ini Dakwa 'Diperintah' Dukun Bunuh 7 Bayi Kalau Nak Kaya-Raya
Seorang lelaki yang dikenali sebagai R, 57, dipercayai telah membunuh dan menanam hidup-hidup 7 mayat bayi di satu kawasan hasil daripada perlakuan sumbang mahram terhadap anak kandungnya sendiri.
Kejadian ini berlaku daripada tahun 2013, 2015, 2016, 2018, 2019, 2020, dan akhir sekali pada tahun 2021 di Banyumas, Jawa Barat, Indonesia.
BACA: Jijik! Anak Bersetubuh Dengan Ibu Sendiri Sejak Sekolah Menengah Hingga Usia 28 Tahun, Kini Dikuarantin
BACA: “Mohon Sesiapa Yang Sanggup…” –Bayi ‘Dibuang’ Di Surau, Ibu Bapa Akui Ada Masalah Ekonomi
BACA: Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
BACA: Lelaki Terkejut Jumpa Bayi Bertali Pusat Atas Meja Ketika Buka Gerai
BACA: Jururawat Bunuh 7 Bayi, Suntik Insulin, Susu Berlebihan Atau Masukkan Angin Dalam Tiub
Mengikut siasatan, polis mendakwa 7 daripada bayi yang dibunuh terdiri dari 4 bayi perempuan dan 3 bayi lelaki.
Kata Ketua Polis Banyumas, Agus Supriadi Siswanto, R terkenal dalam kalangan penduduk setempat sebagai dukun.
"Aktiviti sehariannya adalah memancing selain mengubat orang," katanya kepada media tempatan.
R difahamkan memiliki tiga orang isteri, bagaimanapun isteri pertama dan keduanya telah diceraikan. Sementara E merupakan anak pertama daripada isteri ketiga R.
Hubungan sumbang mahram antara R dan E pula diketahui oleh isteri ketiga R namun tidak berani melaporkan kepada pihak berkuasa kerana diancam bunuh.
Menurut laporan media tempatan lagi, R dikatakan melakukan ritual (pembunuhan) itu atas perintah dari seorang pengamal paranormal yang ditemuinya ketika bekerja sebagai buruh binaan pada 2011.
"Jika kamu ingin kaya, anak kamu digauli sampai tujuh kali," kata R yang meniru ucapan dukun terbabit.
Ditanya adakah sudah kaya, jawab R ringkas; "Belum."
R tidak mempunyai rumah dan tinggal bersama-sama anaknya, E di sebuah pondok berdekatan tempat mayat-mayat bayinya ditanam.
Kes ini bermula apabila 2 pekerja pembersihan tanah telah menemui objek yang disyaki sebagai tulang manusia pada 15 Jun lalu sewaktu pembersihan kawasan di lakukan.
Sehigga kini, pihak polis masih lagi menjalankan operasi untuk mengesan saki baki peninggalan tulang daripada 7 rangka bayi manusia yang dikatakan di tanam di sebuah lokasi di Jawa Tengah, Indonesia.
Pihak polis juga percaya bahawa pelaku tidak bertindak keseorangan dalam melakukan perkara terkutuk itu.
Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan sama ada itu adalah motif pelaku atau hanya sekadar alasan semata-mata.
Sumber: Kompas.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar