HIBURAN
Sumbang RM700,000 Untuk Hospital Kanak-Kanak Sempena Hari Lahir, J-Hope Janji Nak Buat Setiap Tahun - “Ini Juga Sebagai Tanda…”
Anggota kumpulan Kpop sensasi, BTS iaitu J-Hope telah memberi sumbangan sebanyak 200 juta won (RM700,000) kepada Pusat Perubatan Seoul Asan bagi menyokong pembangunan hospital kanak-kanak tersebut.
Sumbangan tersebut dibuat bersempena dengan hari lahirnya.
Pelantun lagu I Wonder itu berharap sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak yang sedang menderita akibat masalah kesihatan.
"Saya berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit bantuan kepada kanak-kanak yang sedang berjuang dengan penyakit mereka. Saya benar-benar ingin mereka mempunyai harapan dan impian untuk masa depan yang sihat dan cerah,” katanya dalam satu kenyataan.
Memetik laporan AllKpop, J-Hope atau nama lengkapnya Jung Ho-seok juga menyatakan sumbangan ini merupakan satu tanda penghargaan kepada ARMY (Fandom BTS) yang sentiasa menyokongnya.
Dalam masa sama, J-Hope juga berjanji akan terus melakukan sumbangan ini kepada mereka yang memerlukan.
“Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada ARMY yang sentiasa memberikan saya kasih sayang.
“Saya berjanji untuk terus melakukan sumbangan setiap tahun, bermula dari hari lahir saya tahun ini," tambahnya.
Sumbangan terbarunya ini meneruskan usaha amalnya sebelum ini, di mana pada tahun 2022, dia turut menyumbangkan 100 juta won (RM350,000) kepada hospital yang sama.
Must-Watch Video