Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”

Firdaus 09/07/2024 | 02:50 MYT

Pempengaruh yang dikenali kerana petah berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan, Mek Yun sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan konten yang dimuat naik.

BERITA TRENDING: Kumpulan Remaja Tak Tahu Shah Alam Ibu Negeri Selangor, Netizen Cuba Husnuzon - "Rasanya Mereka Sangat Gementar Masa Tu"
Menerusi video pendek yang dikongsikan di Instagram, Mek Yun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, 27, dapat dilihat keluar bersama bapanya untuk membeli durian.
​BERITA TRENDING:Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

Hormat Laungan Azan

Namun, apa yang mencuri tumpuan netizen adalah apabila bapa kepada influencer tersebut, yang bukan beragama Islam memberhentikan perbualan kerana menghormati laungan azan.

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

Tidak hanya terhenti di situ, wargamaya turut menzahirkan rasa kagum dengan sikap bapa Mek Yun disifatkan sebagai merendah diri walaupun pernah bergelar sebagai seorang panglima.
​BERITA TRENDING: Selepas 4 Tahun Poster Filem Mulan Sudah Diturunkan, Netizen - “Lepas Viral Baru Jalan”

"Walaupun berlainan bangsa dan agama tapi kita mesti hormati azan...

Sekadar info, bapa kepada Mek Yun, Datuk Wee Han Siew merupakan bekas Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan semasa berpangkat Leftenan Kolonel.

​BERITA TRENDING: Lelaki Gigit Ular Hingga Mati, Percaya Jadi Penawar Racun

Difahamkan, ketika berkhidmat di dalam tentera, beliau juga dikenali sebagai pegawai kanan yang tegas tetapi mudah mesra serta bertoleransi dengan pegawai serta anggota bawahan.

Sumber: Instagram

#Viral #Azan #Durian #Kelantan #Islam #Influencer #Agama #Mek Yun
;