Laman Utama

Suspek Tembakan Rambang Siam Paragon Rupanya Pesakit Mental, Tak Ambil Ubat

Izwan Isa
04/10/2023
02:30 MYT
Sponsor Banner
Suspek Tembakan Rambang Siam Paragon Rupanya Pesakit Mental, Tak Ambil Ubat
Remaja 14 tahun yang ditahan selepas insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand semalam dikatakan terlalu ‘keliru’ untuk disoal siasat.
Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol berkata, remaja tersebut berbuat demikian selepas mendapat arahan daripadaseorang lagi yang berupa dirinya.
“Dia kata ada seorang lagi dirinya yang arahkan siapa untuk ditembak. Dia merupakan pesakit mental di Hospital Rajavithi dan dia tidak lagi mengambil ubat-ubatan yang diberikan kepadanya,” ujar Torsak.
Bagaimanapun, masih belum terjawab bagaimanakah suspek mampu mendapat akses terhadap senjata api berkenaan.
Torsak turut memberitahu yang kedua ibu bapa remaja itu telah dihubungi oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Thailand, Jojie Samuel berkata, tiada warganegara yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pula telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan situasi kembali reda apabila kawasan insiden telah dikosongkan.
"Mulai sekarang, kerajaan Thailand akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi untuk keselamatan semua pelancong," katanya dalam catatan di platform X.
Terdahulu, dua orang terbunuh, kedua-dua wanita dari China dan Myanmar, dan 5 yang lain cedera.
Angka tersebut kemudian telah dikemas kini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3 kematian.
Sumber: Agensi, Platform X
BACA: Remaja 14 Tahun Disyaki Terlibat Dalam Insiden Tembakan Rambang Siam Paragon
BACA: TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar