Polis Thailand bertindak menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki memiliki senjata selepas kejadian tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok pada Selasa.

Tiga orang dilaporkan terkorban manakala sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera, menurut perkhidmatan kecemasan.

Memetik kenyataan Jabatan Detektif Polis Metropolitan di Facebook, suspek difahamkan dalam kini dalam tahanan untuk soal siasat.

Terdahulu, berita kejadian tembakan rambang berkenaan mula meraih perhatian warganet apabila satu rakaman video yang memperlihatkan ratusan orang awam keluar melarikan diri daripada pusat beli-belah Siam Paragon viral di media sosial.

Selain itu, perkhidmatan kecemasan turut berkongsi imej seorang pegawai polis menahan dan menggari seorang individu dalam keadaan terlentang di atas lantai.

Rentetan daripada kejadiaan berkenaan, semua laluan keluar masuk pusat beli-belah itu ditutup berikutan kejadian tembakan tersebut.

Sumber: Agensi

BACA: Netizen Puji Kejelitaan Adik Beradik Senrose-Manrose Pakai Baju Tradisional Thailand​

BACA: Anggota Polis Thailand Berwajah Kacak Viral Ketika Sedang Bertugas​