Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Syada Akui Shila Amzah Merupakan Idolanya – “Saya Bersyukur Dia…”

Umirah Halim 04/01/2024 | 09:55 MYT
Sejak polemik antara Shila Amzah dan adik beradiknya tercetus tahun lalu, pelbagai kisah diperkatakan dalam kalangan wargamaya. Dan salah seorang adik Shila, iaitu Syada antara individu yang hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Terbaharu, Syada terus menerima kecaman kerana suaranya yang didakwa tidak sedap dan kekerapannya memuat naik lagu-lagu cover di TikTok.
Antara kecaman yang diterima:
“Macam aku nyanyi kat jamban je,
“Sedap tak sedap belakang kira, yang penting confidence,
“Rasanya dia terpost sepatutnya simpan draft je,” komen netizen.
Susulan daripada itu, Syada Amzah membuat hantaran menerusi Instagramnya sebagai respons terhadap kecaman yang diterima.
“Baju dia nampak macam baju 90an, Yes I share baju dengan ibu,
“Gigi dia berkarang, kuning”, Yes i ada fluorosis,
“Suara dia tak setanding kakaknya,
“Yes she’s one of my idol in her singing. Saya bersyukur she’s my blood sisters, Alhamdulillah,” tulisnya di caption Instagram tersebut.

Berita Trending: Syada Amzah Kongsi Hasrat Tahun Baharu, Netizen Pula Cadang Tambah Azam Berbaik Dengan…

Syada juga menyatakan bahawa dia tidak terasa dengan apa pun kecaman yang diterima malah sedar diri bahawa dirinya tidak sempurna.
Sementara itu, di ruangan komen, ada yang menasihati Syada supaya tidak memikirkan apa yang dikatakan kepadanya dan terus bersabar dengan kecaman yang diterima.
Terdahulu, Syada Amzah juga menjadi bualan hangat netizen tentang isu konflik bersama kakaknya, Shila Amzah.
#Shila Amzah #Amzah #Syada
;