Laman Utama
Syada Amzah Didakwa Tak Settlekan Job Review Produk Walaupun Dah Dapat Payment?
Ketika seluruh rakyat Malaysia memperkatakan tentang kemelut yang dilalui oleh penyanyi Shila Amzah dengan ahli keluarganya, timbul pula satu dakwaan mengenai adik perempuan pelantun lagu Patah Seribu itu, Syada Amzah.
Menerusi hantaran yang dilakukan di platform X, seorang individu mendakwa bekas peserta Big Stage musim kedua itu masih gagal melunaskan kerja membuat ulasan terhadap produk yang telah dipersetujuinya.
“Dah la sejenis tak bertanggungjawab. Produk dah bagi, duit dah bayar tapi tak buat review as per agreed. Muda lagi tu perangai dah kelaut. Takda siapa yang cakap halalkan payment dan produk tu. Alasan sebab rumah banjir masa tu. So kita bagi solution, tak settle sampai makan tahun dah.
“Aku pun dah resigned from the company tapi ralat betul bila dah dapat payment semua, tak reti-reti nak buat video atau refund. Duit dalam bank bukan kena banjir. Kita siap bagi masa untuk dia grief keadaan dia. Untuk review lain jangan jadi macam dia ni. Esok lusa orang tak halalkan, tak tenang hidup. Macam hutang,” katanya.
Terdahulu, Syada menerusi Instagram Story mendedahkan yang dia dan ibunya, Fauziah Sarman dihalau keluar daripada rumah banglo yang didiami seperti haiwan jalanan.
Tidak berapa lama kemudian, Shila membuat pengakuan yang rumah berkenaan merupakan miliknya dan dia mengambil keputusan untuk menjual rumah itu kerana beranggapan ia terlalu besar untuk keluarganya yang sudah makin mengecil.