Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Syamimia Mohon Maaf Isu Palestin & Patung David - “Saya Masih Muda & Buat Kesilapan”

Asyikin Mayudin 27/10/2023 | 03:55 MYT

Pempengaruh media sosial Syamimia sekali lagi tampil memohon maaf secara terbuka di Instagram miliknya berikutan isu melibatkan Palestin dan ukiran patung hiasan dewa Roman atau David di rumahnya.

Syamimia memberitahu kontraversi yang melanda itu menjadikan dia seorang yang lebih peka mengenai isu semasa dan menganggap ia satu pengajaran terbesar dalam hidupnya.

“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.

“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan in merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya,” katanya.

Mengakui kesilapannya, Syamimia juga memaklumkan dia sudah membuang ukiran patung tersebut dan akan sentiasa bersama Palestin.

“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan. Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.

“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan in menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.

“Sekali lagi saya ikhlas moon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Syamimia dikecam gara-gara enggan berkongsi mengenai Palestin di laman sosial miliknya malah turut dikritik kerana mempunyai ukiran patung ‘David’ yang berada di rumahnya.

Gara-gara kontroversi itu juga, Syamimia telah kehilangan beratus ribu pengikut di TikTok miliknya.

BACA SINI: Isu Palestin, Syamimia Hilang Ratusan Ribu Pengikut di TikTok - “Sebagai Pengajaran Untuk Masa Depan”

#Palestin #Syamimia #Patung David #Syamimia maaf #Syamimia Palestin
;