Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Syatilla Melvin 'Melugai' Tengok Rumah Sendiri - "Matilah! Takkan Kena Tidur Hotel Sampai Beranak?"

Amri Hassan 22/09/2021 | 02:45 MYT
Lain orang lain alahan ketika mengandung, begitu juga pelakon Syatilla Melvin yang berdepan alahan pelik pada kehamilan kali ini.
Kongsi Syatilla menerusi hantaran di Instagramnya, dia akui berasa loya apabila melihat rumahnya sendiri.
"Kali ini mengandung, saya mabuk dan melugai (berasa loya atau hendak muntah). Saya melugai dengan benda yang terlalu suka buat.
"Nak tahu apa? Saya tidak boleh tengok rumah sendiri. Ya Allah, rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri," katanya.
Padahal, aktiviti menghias rumah biasanya menjadi kelaziman dan kegemarannya sebelum ini.
"Barang-barang rumah yang saya deco semua tak boleh pandang. Matilah macam ni Ya Allah.
"Shaheizy Sam takkan kena tidur hotel sampai beranak?" tambahnya.

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Begitupun, perkongsian Syatilla mendapat respon daripada suaminya, pelakon, Shaheizy Sam yang buntu dengan situasi berkenaan.
"Apa patut buat? Bubu kata dia tak nak balik rumah pasal dia nak muntah tengok rumah. Pelik-pelik orang mengandung ni.
"Aku yang ngandung dah lebih dua tahun dah, tak pernah complaint pun," kata Sam berseloroh.

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Situasi alahan yang dialami Syatilla itu turut dialami beberapa pengikutnya di Instagram.
"Samalah, sekarang duduk rumah mak je ni. Balik rumah sendiri tengok pintu pagar pun loya nak muntah dah," kata @fatinxiouyu77.
"Saya tak boleh tengok bahagian dapur rumah, tak boleh bau bawang dan bau tumisan makanan dan tak boleh masak. Dah 4 bulan macam ni, makan pun tak berapa selera," kata @mrs_azyla.
"Kawan saya masa mengandung asyik mengidam nak makan nasi rumah orang. Dia kata sedap sangat, kalau rumah dia tak boleh makan," tambah @n4nieyh4w4.
Bagaimanapun, ada yang menganggap situasi berkenaan cuma dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan sahaja dan akan kembali normal selepas ini.
Jumaat lalu, pasangan itu berkongsi berita kehamilan anak ketiga mereka kepada umum yang kini memasuki usia sebulan.
Syatilla sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan itu merupakan kehamilan keenamnya.
Kali terakhir Syatilla keguguran pada bulan April lalu, ketika usia kandungannya lapan minggu.
Sebelum ini, Syatilla keguguran kali pertama sebelum hamilkan anak sulung mereka dan kali keduanya sebelum mengandung anak kedua.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 itu dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
#pelakon #Anak #Hamil #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Mengandung #Rumah #Hotel #Dekorasi #Alahan #Pregnant
;