Hiburan
Syatilla Melvin Muntah-Muntah & Mata Jadi Merah, Ramai Doakan Cepat Sembuh
Pelakon Syatilla Melvin memaklumkan berdepan dengan masalah kesihatan yang mengakibatkan dirinya mengalami muntah dan cirit birit selain badan berasa kurang selesa.
Mata merah, muntah muntah
Syatilla menerusi hantaran di akaun Instagramnya memaklumkan matanya menjadi merah akibat muntah.
“Saya sakit mata dan muntah-muntah, cirit birit sudah seminggu. Akibat tekanan muntah, mata jadi macam ni. Siapa pernah?,” tulisnya.
Susulan itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini memohon maaf kepada kenalannya kerana tidak dapat membalas kiriman mesej dan menjawab panggilan telefon.
“Kepada yang mencari saya, mintak maaf memang saya tak buka membalas WhatsApp apa pun sebab saya lembik tak ada tenaga energy,” maklumnya
BERITA TRENDING: "Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Rakan artis doakan kesembuhan
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesembuhan buat Syatilla
BERITA TRENDING: Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
BERITA TRENDING: Syatilla Melvin Syukur Rumah Tangga Tak Pernah Diganggu Penyondol - "Kami Boleh Baca Fikiran Masing-Masing"
Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.