Laman Utama

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik

gempak
Shahrin Zulkifle
20/03/2023
12:48 MYT
Sponsor Banner
"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Pelakon Syida Melvin memberanikan diri bergerak solo tanpa adik-beradik untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman iaitu Madani Coffee.
Syida yang masih bekerjasama dengan adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syifa dan Syafiqa, membangunkan produk kosmetik berkata, meskipun perniagaan tersebut telah berjaya, namun dia mahu mencabar diri dengan memulakan perniagaan sendiri.
“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri,” katanya.
Tambah Syida, 25, keputusannya untuk mencuba perniagaan baharu tidak bermakna terdapat sebarang isu antara dia dengan adik-beradik yang lain, malah mereka secara terbuka menyokong usahanya itu.
“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.
“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” tutur Syida.
Syida yang mengusahakan Madani Coffee bersama suaminya, Shafiq Shaheen, menjelaskan dia juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.
Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.
“Antara kandungan dalam produk ini adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.
“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida.
Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya, Syida menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.
Info lanjut, layari TikTok dan Instagram @Madanicoffee_hq atau ke page Facebook Madani Coffee HQ.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live