Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Syukur Isteri Hamil Anak Ketiga , Dr Say Rasa Gementar - “Terduduk Dibuatnya, Ada Enam Bulan Lagi Untuk Bersiap Siaga”

Mya Amri 17/07/2023 | 02:50 MYT
Doktor selebriti dan pempengaruh, Dr Say Shazril berkongsi rasa gembira apabila isterinya, Dr Azura Abbas hamil anak ketiga.
Berita gembira itu dikongsi Dr Say dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Dr Say, kandungan isterinya kini mencecah usia 12 minggu.
“Lama saya simpan berita ni atas sebab empunya badan tak beri green light tapi memandangkan kandungan bini dah cecah 12 minggu dan kami dah buat our 1st scan.
“Saya tanya balik kepada empunya badan ‘boleh dah ke i nak bagi tahu dunia?’ dan instead of beliau kata ‘jangan lah dulu ubby, tak konfem lagi’, kali ini beliau kata ‘sekarang ke?’ which dalam erti kata lain boleh,” kongsinya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Dalam hantaran yang sama juga, Dr Say menyatakan sedikit kerisauan dalam hatinya sebagai seorang bapa yang bakal mempunyai tiga cahaya mata kelak.
“Ya kami menunggu kehadiran anak ketiga! Cuma kisahnya lepas our 1st scan 5 hari lepas, terduduk saya dibuatnya bila balik daripada scan tu.
“Sebab walaupun selama ni saya mengidamkan tiga orang anak sebab ada tiga adik beradik tapi bila saya fikir balik ‘macam mana aku nak jaga tiga orang anak tu nanti?’ buat saya risau.
“Kalau dua at least saya handle satu, bini handle satu. Later ada sorang lagi, siapa nak jaga? Saya tahu rata-rata parents ber-anak tiga dan ke atas akan jawab ‘it will come naturally’ atau ‘anak pertama akan tolong’ atau ‘you will be ready when the time comes’, the thought of it buat saya sedikit gugup,” jelasnya.
Bagaimanapun, Dr Say berharap sepanjang tempoh kehamilan isterinya, dia mempunyai masa untuk mempersiapkan diri selain memohon doa buat Dr Azura.
“Tapi tak apalah ada enam bulan lagi untuk saya bersiap siaga di samping enjoy the time i have with my 2 boys.
“Dalam kesempatan ni, saya ingin meminta jasa baik kalian kalau boleh, doa doakanlah kesejahteraan kandungan bini ini.
“Jantina? Tak tahu lagi tapi Insya-Allah jika tiada aral melintang, expected date of delivery 25 Januari tahun depan,” kongsinya.
BACA: “Sekiranya Saya & Isteri Tiba-Tiba Tiada Di Dunia…”- Berjurai Air Mata Dr Say, Sebak Anak Dah Dapat Kad OKU
Terdahulu. Dr Say dan isterinya, Dr Azura Abas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aezriel (Ace), 4, dan Sefriel yang kini berusia dua tahun.
#Hamil #Dr Say #Dr Say Shazril #Dr Azura Abbas
;