Hiburan
Syura Badron Fobia Nak Masuk Dapur Lepas Insiden Gas Masak Meletup, Syukur Suami Dah Keluar Hospital - “Rasa Takut Setiap Kali Nak..."
Penyanyi Syura Badron mengaku fobia untuk memasak selepas mengalami insiden gas memasak meletup sehingga mengakibatkan suaminya melecur di bahagian muka bulan lalu.
Fobia Masuk Dapur
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syura mengakui rasa takut untuk kembali ke dapur namun tetap berserah kepada takdir Tuhan.
Dalam masa sama, pelantun lagu Ego itu turut memaklumkan anaknya lebih gemar makan masakan di rumah berbanding masakan luar.
“Orang tanya.. tak fobis ke nak masak? Tipulah kalau tak fobia. Rasa takut setiap kali nak start masak.
“Macam-macam dalam kepala ni. Tapi, nak buat macam mana kan..tetap kena masak sebab umar sejenis yang takkan makan makanan luar.
“Kita memang berserah je. Semoga Allah lindung,” kongsinya.
Dalam perkongsian berbeza, Syura turut berkongsi keadaan terkini suaminya yang sudah dibenarkan pulang dari hospital.
“Alhamdulillah.. selepas 18 hari warded, harini dapat discharge! Excited,” kongsinya teruja.
Terdahulu kejadian letupan gas memasak tersebut berlaku ketika Syura dan suami, Muhammad Farizat, menginap di sebuah rumah di Perlis, bulan lalu.
Susulan itu, Farizat dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan dirawat di sebuah pusat perubatan di Selangor.