Hiburan

“Dia Dapat Rasa Setiap Kali Kulit Disiat” - Syura Badron Kongsi Kronologi Insiden Gas Meletup, Suami Masih ‘Relax’ Lepas Melecur Teruk

gempak
Asyikin Mayudin
30/11/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Dia Dapat Rasa Setiap Kali Kulit Disiat” - Syura Badron Kongsi Kronologi Insiden Gas Meletup, Suami Masih ‘Relax’ Lepas Melecur Teruk
Penyanyi Syura Badron berkongsi kronologi insiden suaminya iaitu Muhammad Farizat yang melecur teruk gara-gara letupan gas memasak di tempat penginapan mereka di Perlis, baru-baru ini.

Kronologi gas meletup

Menerusi perkongsian di TikTok, Syura berkata kejadian itu berlaku ketika suaminya ke dapur untuk melaraskan api dapur memandangkan penyanyi itu ada masak bubur nasi untuk anak mereka.
“Sepatutnya saya yang kena, saya adalah orang yang masak bubur itu. Saya panaskan bubur anak, saya yang pergi dapur. Lepas saya kecilkan api, saya pergi ke ruang tamu untuk tengok anak saya.

“Kemudian, suami saya pula pergi ke dapur untuk adjust api bubur anak. Waktu adjust api itu la terus meletup. Saya dan anak berada di tempat yang agak terlindung dari laluan ke dapur.

“Jadi, saya dan anak tak ada apa. Tapi saya dapat rasakan gegaran rumah itu dan dengar letupan itu sangat kuat dan saya mendengar suami saya menjerit minta tolong.
“Yang saya hanya mampu buat bukakan baju dia yang terbakar masa itu dan SubhanaAllah dia sangat relax selepas itu. Alhamdulillah, dia kuat dan tak pengsan,” kongsi Syura.

Dapat rawatan

Suaminya terus dikejarkan ke hospital kerajaan di Perlis namun hanya menerima rawatan di Hospital Alor Setar, Kedah sehari selepas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Syura Badron Dimasukkan Ke Hospital Akibat Melecur Teruk, Gas Memasak Meletup - “Dalam Menahan Sakit Awak Masih Lagi Mampu…”

ARTIKEL BERKAITAN: 12 Tahun Tak Ada Baby, Syura Badron Sakit-Sakit Badan & Tak Cukup Tidur - "Sampai Satu Tahap, Kita Menangis Sebab ..."

Syura turut berkongsi momen ketika kulit-kulit suaminya yang terbakar disiat serta ditanggalkan untuk rawatan.
“Saya dalam keadaan panik, saya hubungi kawan yang turut menginap dekat homestay itu juga. Kami terus hantar pergi ke hospital di Perlis. Tapi sampai di hospital, tak ada unit burn dan perlu tunggu satu hari untuk transfer ke hospital Alor Setar.

“Keesokkan harinya barulah suami dapat rawatan dan masa itu la siapa yang pernah alamai nasib yang sama, kulit terbakar semua akan disiat, akan ditanggalkan.

“Suami saya dapat rasakan setiap kali kulit dia disiat. Sakit dan peritnya benda itu jadi. Jadi saya ambil keputusan bawa suami balik ke KL sebab semua keluarga ada di sana,” katanya dalam keadaan sebak.

Hanya mohon doa

Dalam pada itu, Syura menjelaskan perkongsian video ini bukan untuk meraih perhatian sebaliknya hanya mahukan doa daripada semua orang untuk suaminya.
Selain itu, Syura juga memaklumkan dia dan suami sudah bersepakat untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pemilik homestay.
Terdahulu, Syura memaklumkan suaminya dimasukkan ke hospital akibat melecur teruk gara-gara letupan gas memasak di tempat penginapan mereka di Perlis, baru-baru ini.
Difahamkan, Farizat kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Selangor dan sudah memasuki hari keenam.
@syurabadron86
Video penjelasan ni agak panjang, semoga jelas .. ??????
♬ Very Sad - Enchan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024