Laman Utama

Syura Honeymoon Kat KL Jer, Vicha Hadiahkan Bilik Hotel Sebelah-Sebelah

Amri Hassan
01/02/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
Syura Honeymoon Kat KL Jer, Vicha Hadiahkan Bilik Hotel Sebelah-Sebelah
Pasangan pengantin baru, Syura Badron dan suami, Muhd Farizat Ismail memilih untuk berbulan madu di hotel sekitar Kuala Lumpur selepas selamat diijabkabulkan minggu lalu.
BACA: Syura Badron Nikah Kali Kedua, Bakal Tunjuk Wajah Suami Dalam Majlis Resepsi
BACA: Jejaka Umur 28 Tahun Suami Baru Syura, Dah Kenal 5 Tahun - "Saya Bernikah Dengan Lelaki Bujang & ..."
Kongsi Syura di Instagram, dia memilih untuk berbulan madu di ibukota memandangkan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.
"Orang tanya honeymoon kat mana? Since weather kita tak berapa baik sekarang ni, kita honeymoon kat KL dulu," ujarnya.
Lebih manis percutian bulan madu pasangan itu apabila bilik hotel mereka ditaja oleh sahabat baik Syura, Vicha.
"Tapi kalini different sikit sebab.. adik kita @vicha_barbie yang bagi gift ni! Dia pun sama-sama honeymoon dengan husband dia .. bilik sebelah-sebelah.
"Syukur alhamdullillah..thank you cha dan daddy..moga diperluaskan rezeki kalian..sayang korang," tambah Syura.
Syura telah selamat mengakhiri zaman janda selepas bernikah dengan Muhd Farizat Ismail dalam satu majlis sederhana di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, sekitar pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.
Pasangan itu melangsungkan majlis resepsi di Cheras sehari selepas dinikahkan.
Untuk rekod, Syura pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar