Laman Utama

Syura Badron Nikah Kali Kedua, Bakal Tunjuk Wajah Suami Dalam Majlis Resepsi

gempak
Amri Hassan
22/01/2022
08:47 MYT
Sponsor Banner
Syura Badron Nikah Kali Kedua, Bakal Tunjuk Wajah Suami Dalam Majlis Resepsi
Penyanyi Syura Badron telah selamat mengakhiri zaman janda selepas bernikah dengan jejaka pilihannya dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, sekitar pukul 12.30 tengah hari, Sabtu.
Dalam majlis tersebut, Syura atau nama lengkapnya Zuraidah Badron, 35, menerima lima dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Sahabat baik Syura yang juga isteri kepada penyanyi, Lan Solo, Sheila Hassim berkata penyanyi yang popular menerusi lagu Nazam Berkasih itu akan mengumumkan suaminya malam ini.
"Alhamdulillah Syura telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki yang diminta saya untuk dirahsiakan identitinya.
"Mungkin Syura sendiri akan mengumumkan suaminya itu pada majlis resepsi malam nanti. Namun yang pasti, jika ditanya pada saya, suami Syura adalah seorang lelaki yang terbaik untuk dirinya
"Hanya keluarga dan rakan rapat sahaja yang dijemput. Lagi pun perlu mematuhi prosedur operasi standard. Hanya 30 orang sahaja yang dibenarkan hadir," kata Sheila.
Kata Sheila lagi, pernikahan Syura turut dianggap sebagai satu pengakhiran yang baik buat penyanyi itu selepas melalui perjalanan yang panjang.
"Suaminya sangat membantu. Anak-anak Syura pula menerima ayah tiri mereka dengan baik. Malah, mereka pun sudah memanggilnya dengan panggilan ‘daddy’.
"Lelaki itu (suami Syura) juga sangat baik hati dan pandai menyesuaikan diri dan melayan anak-anak serta keluarga mertuanya dengan baik," tambahnya.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Syura terlihat anggun menggayakan busana pernikahan berupa kebaya berona putih oleh Dwan Bohari.
Terdahulu, Syura pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yassin pada 2006. Bagaimanapun, pasangan itu telah bercerai buat pertama kali pada 29 September 2014 dan telah kembali merujuk pada 10 November tahun yang sama.
Namun pada 9 Ogos 2015, mereka kembali bercerai buat kali kedua atas sebab yang tidak didedahkan.
Hasil perkongsian hidup bersama suami terdahulu, Syura dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofea, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan lanjut dari Syura.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024